Wednesday, December 28, 2011

mimpi

aku mimpi pelik lagi semalam oiii
maybe sebab aku tension belajar or..
taktau nak ckp mcm mana
begini storynya:

aku lepak dlm bilik aku, ngadap meja study aku
masa tu ada farah khalim lepak sama2 dengan aku
tiba2 dia suruh aku senyap, dia kata
"aku nampak benda"
time2 ni laa nak nampak benda yang aku tak nampak kan
aku ofcourse laa dah cuak
lepastu dia kata benda tu tengah jalan ke arah aku
aku tutup mata rapat2 lepastu baca ayat kursi dalam hati
lepastu farah kata benda tu dah hilang
oh takut!

stage 2:
aku lepak dengan mama pulak, dia kata dia receive surat dari anonymus
aku taktahu laa siapa kan rajin nak berutus surat bagai
surat tu tertulis:
"saya minta maaf atas perbuatan anak saya, dia memang berkenan dengan anak puan"
aku syak makhluk taknampak tu punya parents yang tulis kot.
buahahaha.

seriau aku bhai. kalau ye pun jin ade yang dah berkenan dengan aku.
p/s: aku pernah 2 kali kena himpit atas tempat tidur aku. dalam bilik yang sama. waktu yang sama - tengah2 study week

TAKOT!

Monday, December 26, 2011

tsk-tsik-ing

tsk tsk.
it's been rainy, since, last week?
so, aku agak kesejukan di sini.
since, meja study aku pun tepi tingkap, so memang sangat sejukkkk di sini.

tsk tsk.
my life, full of task.
you can see a lot of yellow sticky notes on my wall, depan meja aku ni
betapa banyaknya kerja aku nak kena settle within the previous two weeks.
and so far, alhamdulillah. settle juga akhirnya.
cuma now dah masuk study week, tinggal full report PSM 1 dengan fill in student journal je lah.

tsk tsk.
eh, silap.
knock knock.
who's there?
:)
aku balas, :)


chill. sejuk. aku bahagia.
even, life agak kalut di sini.
knock knock.
pls jawab. :)

LoL

Wednesday, December 21, 2011

.

KENAPA KAN, BILA AKU NAK USAHA SIKIT, NAK BERJAYA SIKIT, ADA JE DUGAAN YANG DATANG?
OK FIRST, AKU CAKAP TERUS TERANG, AKU BUSY, AKU TAKDE MASE NAK ITU INI,
AKU ADA PRESENTATION FYP ESOK, AKU ADA 2 TEST DLM MASA TAK SAMPAI 12 JAM,
AKU BARU NAK CONCENTRATE BELAJAR JE, ADA JE MASALAH DATANG?
KENAPA? KENAPA!!!!!!!!!!!

Thursday, December 8, 2011

blurted out

OUT OF SOOO MANY DATES IN THIS BEAUTIFUL MONTH, WHY SHOULD THESE EVENTS HAPPEN TO HAPPEN ON THE SAME, ONE-NIGHT-GAP DATE?

gives me real headache.

and really, caused me to make the decision to give up one of them, to put up the priority on the other.

sorry.

p/s: belt grading versus PSM

Friday, December 2, 2011

double trouble

1. dapat saman parking, padahal aku g print beberapa helai kertas je pun dekat eko trading. WTF

2. jumpa supervisor, believe it or not PSM aku macam ade takde je, lagi WTF

3. susah2 aku datang kelas, kelas cancel. WTF

4. struggle pegi bayar saman, ingatkan kat mbmb, rupenye kat mphtj, WTF betul

5. driver2 yang macam sialan, macam dapat sawan babi bila dapat pegang stering drive on the road. WTF sungguh

6. overslept, tu laa tidur petang lagi. sempat aje siap g trainig.

7. announcement: 21/12/11 = grading naik belt = tarikh seminar psm -->either 21/12 or 22/12. WTF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

jangan pandang muka aku. tengah tension

Saturday, November 26, 2011

twentytwo


hahah. so far, semalam(25/11/11) has been the bestest day in my entire life.
well yeah, because selama ni tarikh ni jatuh pada waktu cuti sem, cuti sekolah, so i never get to celebrate my big day with friends. biasa celebrate bersama family, ada mama and baby, yasier pun sometimes balik, kalau takde tu takdelah. huk2
now, since tukar sistem, maka jadinye birthday aku jatuh on sem belajar, so aku dapat laaa celebrate dengan kawan2.

sweet dedication from jojo, thanks for accepting me as a friend of yours, too many flaws in me that i cannot manage to be a real, good friend. but then, thanks! friends forever =)
next aku appreciate sangat the moment my classmates sing along the "happy birthday to you" song to me, i feel like flying already *wink2*
and so, too many sweet things happen in a single day.
tak lupa, hadiah2 dan kek special dari orang2 yang special juga. =)
dan unstoppable wishes, thank you for those wishes and prayers.
it's just that this time, i didn't get the chance to celebrate my birthday with my mom.
but then, tiba2 mama inbox, cakap dia bank in few amount of money for me to get something for my birthday as present
and so i bought myself few bundle dresses, ok laaa aku tak pandai pilih baju cantik2 and mahal2. honestly

hehehehehehehehehe
the best part, was the suprise made by janna and ned
tadi diorang ajak jalan2, g makan kat windmill
masa tu tengah ketawa punya ketawa kan, tiba2 lagu bertukar jadi lagu birthday
aku kan blur ya amat, aku tak bajet laa lagu tu ditujukan kat aku sebenarnya
*ok aku bleh sangka baik kan fikir "ada orang sambut birthday ni, kebetulan"
sekaliiiiiiiiiiiii ada waiter datang hantar kek kat sebelah aku, ada lilin lagi
wahhh ini memang special betul!
and like, seriously, 1st time aku dapat hadiah sebegini special
the most precious present i ever had in my entire life
me and my birthday cake

sebelum ni, pernah laa kene berdiri sambil nyanyi masa mama celebrate birthday aku kat TGI Friday on my 18th birthday
cuma kali ni lebih special, sebab aku bersama kawan2 baik aku
at that time, tau ape aku fikir? aku fikir:
takde boyfriend pun takpelahh, ada kawan2 best macam ni dah cukup happy dah aku
hahahaha
thanks guys!

thank You Allah i've been given the chance to stay alive, to live my life as well to devote myself to You until this age.
and also, thank You for granted me with beautiful, kind, nice bestfriends to fill my life with colours.


Sunday, November 20, 2011

my piece of thoughts #2

herm, okay
hari ni aku nak bercakap tentang, soal, persefahaman dalam perhubungan
ececececey
aku belum ada sesiapa lagi okey =.=
it's just that, looking back it the previous years
di zaman, dimana aku masih lagi hanyut dalam kesenangan duniawi,
yes, kesenangan duniawi, seronoknya bercinta, bercanda, sampai terlupa segala2nya
kerana cinta, aku jadi lupa pada hukum hakam agama
kerana cinta juga, aku sanggup abaikan peribadi keluarga aku kerana kekasih
kerana cinta, aku tolak tepi pelajaran aku
kerana cinta, aku sanggup berhabis, beli tiket bas semata2 nak pergi jumpa boyfriend hujung2 minggu
ye laa couple jauh kan, orang lain leh dating selalu, aku date hujung minggu, hujung bulan

betullah kata2 orang tua2 kan, belajar bagi habis dulu, cinta boleh datang kemudian
yes, betul sangat!
dulu2 tu zaman aku nak try and error mungkin?
LoL
nasib badan laa, dapat boyfriend kuat cemburu, kuat mengongkong,
the worst part, suka meminta2
okay, the 1st part yang aku tak kenan pasal lelaki yang suka meminta2 ni, aku fikirkan lepas kawin nanti, believe it or not dia akan tanggung keluarga?
ye laa masa couple lagi dah pandai tuntut itu ini, duit jangan cakap laa, belum part lain yang tak sepatutnya, dia dah tuntut
kalau dah kawin nanti, mau taknye segala2nya kita yang tanggung nanti?
nothing is impossible
lagi satu, part yang suka mengongkong ni, apedehal?
takde life dohhh!
lagi satu, ni mak aku laa cakap
lelaki yang selalu tak bagi awek diorang buat itu ini, sebab diorang sendiri yang buat apa yang diorang tak bagi awek diorang buat
get it?
aku cakap ni based on pengalaman

second part, bila bercinta, gaduh is a must
tak kira lah over apa pun, tapi gaduh on unnecessary issue?
bodoh piang hang ni la oi!
sumpah, lepas gaduh, memang kacau segala mood nak study, buat kerja, assignment
the worst part, kawan2 tak berani nak ajak keluar lepak, and aku end up friendless
huhu
tu laa masa bergerek, member2 dilupakan
nanti bila tengah lonely, siapa lagi nak cheerkan kita kalau bukan MEMBER jugak kan?
ni dah sorang2, member pun tak berani nak dekat, ape cer?
duhhhh

banyak lagi sebenarnya, kalau aku nak sebut satu2, jadi novel terus entry aku ni
tapi bagi aku la, tak salah nak bercinta, IF, ada kematangan dalam berfikir, membuat keputusan, judge tindakan pasangan kita, at the same time, tak kacau priority kita yang lain
well, as we have known kan, life kita bukan kena devote pada pasangan je,
kita ada LIFE, FAMILY, STUDIES, or CAREER, and not to be forgotten, TUHAN

hahahaha
and, honestly ramai jugak tanye, kenapa kau takde boyfriend lagi, tak best ke asik single je, takde orang teman, patutnye umur2 macam kau dah ada pasangan, bla3
ehh nyibuk laa orang2 yang tanye soalan2 ni kat aku! lantak aku laaa!
ok sebab aku taknak couple, sebab sebab2 di atas ni laa.
aku ada priority lain yang lebih penting. tu je.
plus, kalau sampai masa aku nak cari pasangan aku nanti pun, aku akan pastikan dia jadi suami aku.
and, jangan ingat nampak aku diam, macam tengah takde pape, sebenarnya aku sedang menilai semua orang yang ada dalam life aku ni. jeng3. hehe. paham tak ayat aku
lagipun, dalam life aku ni, banyak lagi yang aku perlu belajar dan perbaiki. aku tak perlukan segala kongkongan macam ni. so that's why aku pilih untuk tidak bercouple.
hehe. tu je la.
last2 entry aku jadi tips menjaga hubungan laa pulak. well2. dah besar kan. pandai2 fikir laa.
and sorry for my offensive words. aku tak refer kepada sesiapa. kalau tersentap tu, minta maaf jugak laa. ini reality oke.
happy reading

Saturday, November 19, 2011

my piece of thoughts

seems like dah lama aku tak express my piece of mind here.
just that, i have nothing to say
but this:

aku boleh tau, if ever ada pergerakan yang tak menyenangi aku, and i want you to know that, how much i hate this kinda gut. bukan apa. aku lebih prefer bersikap neutral, aku takde nak bias dengan mana2 pihak, and semua orang pun aku anggap kawan. and if ever kau tak suka aku pun, aku tak salahkan kau pun. aku tak boleh jadi manusia yang paling perfect, and sometimes i do have my bad temper, and at times aku terlepas cakap, which tak semua orang boleh terima, and memang ramai sentap honestly saying. so, i can't help much on this but to say sorry, that i can't be the most perfect person in the world, i do have to have some space to sit quietly and lihat balik masalah aku, and figure out how to reduce and solve it. to all yang support aku dari belakang, thanks a lot. to my haters, thanks a lot too. you make me realize that not all people will love you, and the most, probably you just can't be the way I am, the way I conduct my life in this challenging world. haha. i'm not bragging here ok! peace

tu je. to whom it may concern, thanks for reading this.

Tuesday, November 8, 2011

oh, snap

i guess semua belajar pasal karma kan?
apa kita beri, buat, kita akan dapat balik.
ughh ayat tunggang langgang sikit. sorry for that.

well2. been busy with amplifiers. characteristics dia. slew rate, PSRR, blarghhh.
makin lama makin tak faham aku dengan dunia ni.
bodoh. tau tak?

first, isu ambiga dengan seksualiti merdeka dia tu.
memang aku tak pernah ambik port pasal isu semasa ni, tapi as seorang yang boleh fikir logik, boleh pulak dia menang kan?
1st, nak isukan isu ridiculous macam ni dalam negara islam.
2nd, 1 against ramai?
duhh. lantak kau lah ambiga oi.

next, bila bertemu semula dengan family.
ohh, nicee. happy sangat2.
tak payah kawin pun takpe kalau dapat bersama family macam ni.
tapi, masing2 ada life, pasangan hidup, =.=
aku pulak? hahahahaha.

later, bila kena deal dengan orang yang hatinya penuh dengan benci, hasad, kemarahan.
mula2 memang lah aku boleh layankan, orang2 macam ni maybe perlukan tempat untuk berbicara mungkin?
tapi bila berulang2, siapa tahan kan? aku bukan TUHAN.
the worst, salah orang lain kau nampak, salah sendiri kau, ada kau fikir?
nak kata bodoh karang, marah. pandai sangat, memang tak lah kan?
huhu.
sorry la. aku just tak suka attitude macam ni.
aku tak suka marah2. cuma, bila aku terkeluar statement sentap tu, kena terima lah.
kalau tak buat, tak terasa kan? kalau taknak sentap, pegi duduk hutanlah.
kan, dah kena sebijik dengan aku.

belum lagi, dengan manusia2 yang terlebih competetive ni?
semua, nak lebih dari aku?
eh hello, apa aku kesah pasal kau? nak sangat, ambik lah oi!
1 je aku nak ingatkan, lagi kau cakap banyak, lagi kau tak dapat apa2. trust me.
sebab aku dah lama hidup macam ni,
aku tak banyak cakap, apa rezeki aku dapat, aku anggap tu semua kurniaan Allah,
masing2 ada rezeki sendiri, dikurniakan dalam bentuk yang berbagai2.
so no point kan, kalau nak compare and contrast? just terima as variety, tak boleh?
nak jugak tu lebih dari aku?
apehal lah, takde life sungguh. sibuk2 je nak banding2kan apa yang kau dapat dengan apa yang aku dapat?
huhu

huhu. dah la.
pandai - pandailah hidup. dah besar kan?



Tuesday, November 1, 2011

smooth flow

alhamdulillah syukur sangat!
hehe..my life flow this week nampak macam smooth je
maybe sebab, banyakkan berserah dan tawakkal kepada Allah?
ALHAMDULILLAH! again
sebab, since last week, my life schedule had turned upside down, aku pun dah jadi nocturnal, even sometimes siang malam aku tak tidur pun
at the same time i drived, dalam keadaan mamai2 dan mengantuk
hell dangerous.
tapi so far, alhamdulillah takde benda buruk jadi dekat aku lagi

this week 7, is the most hell week and i have to pass through it
mula2, weekend lepas ada taekwondo championship dekat dewan besar UTeM, aku pun kena turun padang tolong2 sama
lepas tu, satu2 hal mendatang; test, assignment, PSM tak jalan2 lagi
masa tu aku dah macam terhimpit sangat2
nak study pun kena curi masa, kau bayangkanlah
orang lain spend the whole weekend study, aku hanya dapat purata study time aku kira2 4 jam je untuk weekend tu, subject pulak susah nak mati dowh
so what i did was, hanya mampu berdoa YA ALLAH MUDAHKANLAH URUSANKU. AMIN
habis event ahad tu, aku kena struggle pulak untuk test hari isnin besoknya tu pulak.
penatnya Tuhan saja yang tahu tau!
and for the first time juga aku terpaksa give up ajakan budak2 ni untuk melepak. sorry guys! my time was limited
lepastu dapat update baru, ada kelas ganti on that day, pagi pulak tu
grrr saje taknak kasi aku tidur cukup. rabak lagi aku
lepas tu aku dah habis pasrah dah agaknye, aku hanya mampu let things flow camtu je.
ape nak jadi, jadi ler. tak kuasa dah aku nak tolak. huhuhu

lepastu, mungkin berkat tawakkal aku(mungkin), sikit2 beban aku terasa macam diringankan. ntah laa. taktau aku nak cakap macam mana.
rasa macam, everything yang aku buat, semuanya berjalan dengan lancar.
alhamdulillah laa, mungkin ni rezeki aku.
takdapat rezeki cukup tidur, dapat rezeki dimudahkan segala urusan, cukup dah.
alhamdulillah! lega rasa
since that, aku nak belajar pun senang masuk, kalau tak selama ni rasa macam gelap je, ape pun tak paham
balik dari kampus lambat tiap hari, walaupun kelas habis awal
at the same time deal dengan driver2 bodoh dekat melaka ni, so far aku belum accident lagi
herm, lebih kurang macam ni la aku nak gambarkan.

alhamdulillah la, kat sini aku nak share, apa2 pun plan yang kita buat, banyakkan berserah kepada Allah. ingat Allah. that is the most important thing.
sebabkan kadang2 kalau perasan, kita expect sangat2 plan kita tu menjadi, skali tak menjadi, dah frust gila.
so jangan expect much, jangan lupa doa minta dimudahkan urusan, amin

aku bukan alim mana. and aku tak kata aku baik pun.
cuma mungkin, di sini rezeki aku. walaupun aku takde rezeki bahagian lain.
hehehe. ok lah. #justsharing




Tuesday, October 25, 2011

stress

dah mula terasa stressfull life
ada plan, terpaksa tolak2 sebab banyak sangat nak disettlekan at one time.
amplifier design, wahhahah padan muka awal2 taknak study
baru jumpa buku, library susun buku tunggang langgang
at the same time, ada assignment ethics, kalau boleh nak settle awal
lab report pun sama

tapi weekends penuh, then macam mana nak settle, nak cover untuk killer tests next week?
well, anything can do! even it means to sacrifice short rests.
huhu.
tak robot pun kena jadi robot jugak.
duhhh

Thursday, October 20, 2011

akibat terlalu banyak sangat bunyi

sebab perangai aku yang suka expose pandangan aku terhadap gelagat manusia yang tak pernah stop nak buat aku ketawa, aku hilang kawan.
tu satu.
yang kedua, aku dah buat ramai terasa.
siapa makan cili, dia terasa pedasnya.
kan kan kan
aku tulis berdasarkan apa yang aku nampak, berdasarkan pengalaman aku
berdasarkan hukum karma yang pernah terjadi, betul2 punya,
sama ada yang pernah terjadi atas batang hidung aku sendiri, atau orang lain
subhanallah!
macam ni sekali Allah nak tunjukkan kekuasaanNya,

well2
apa aku tulis, aku tak pernah merujuk kepada sesiapapun
ia hanyalah sebagai peringatan kepada aku sendiri, dan juga kepada kawan2 yang lain
semoga kalian sedar akan hakikat kehidupan ini
amin

Sunday, October 16, 2011

otak singkat

nama je student final year,
tapi bodoh!
yelah kau mungkin lagi pandai belajar dari aku, cgpa aku 2.5+ je
tapiiiii
umur, wajah yang hensem/cantik dan naluri batin tak menggambarkan kematangan dowh
it's experience.
pernah dengar tak quotes "experience is the best teacher"?
hahaha

aku sedar, banyak langkah yang silap aku dah ambil sepanjang waktu semasa zaman gelap dulu
taklah gelap mana
cuma, waktu tu aku suka ambil keputusan guna otak yang singkat.
dengan otak yang singkat juga, aku pernah jatuhkan pointer sendiri, malukan diri sendiri, hilang kawan, tinggi suara dengan ibu, mencarut tak kira masa, tak respek orang lebih tua, bla2
semakin lama aku harungi dunia ini, semakin aku fikir:
"apa aku dapat dengan segala benda negatif ni semua?"
"apa, puas hati"? hati kau sakit jugak.
"seronok"? seronok atas kemarahan orang lain?
"sedih"? ye, itu yang patutnya aku dapat.
padan muka kan. siapa suruh cari pasal.

masa tu, baru tahu nak ingat Tuhan.
masa susah, kau cari Tuhan. masa senang, kau cari manusia.
memang tak berkat manalah life kau.
astaghfirullahalazim

berkat doa dan kesungguhan juga, aku improvise hidup aku.
dari jalan yang bengkang bengkok, aku track laluan yang lurus
sebagai kompas, aku gunakan pendapat dan pandangan motivasi dari orang yang tersayang
siapa lagi yang paling aku sayang kalau bukan MAMA aku
segalanya2 datang dari Allah; Dia yang maha pemurah

masuk tahun 3, sekarang tahun 4
Allah perkenankan doa yang kupanjatkan sepanjang aku kehilangan segalanya serentak
ALHAMDULILLAH

kawan datang dan pergi
ramai kawan aku jumpa, ramai jugak kawan yang hilang
ya, aku baru je hilang kawan yang aku kenal, baik pulak tu
masuk tahun depan, insyaallah mencecah 5 tahun umur persahabatan kami
tapi dah Allah tuliskan; manusia hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan
subhanallah!
maha besar kuasamu Ya Allah!
tapi aku tahu, aku berada di pihak yang benar
berkat ilmu "teacher" aku bagi sebelum2 ni, aku berjaya counter attack budak tu
wah! pencapaian
untung lah ada mak bekas guru kaunseling, dia ajarkan ilmu psychology kat aku :p
aku bukan lagi kaki ratap macam dulu
aku tahu, Allah sengaja temukan aku dengan orang2 yang salah
supaya aku lebih berhati2 lepas ini

kesimpulannya, pengalaman memanjangkan otak kita
kawan aku tadi tu? otak singkat!
bukan nak sombong, tapi aku percaya, dia akan menyesal kehilangan aku.
pasti! sebab 9 kebaikan sahabatnya telah terpadam oleh 1 isu bodoh maka terkeluarlah keputusan untuk memutuskan persahabatan ini, menggunakan otak singkatnya.
wuhuhuhu.
pasal tu title post aku otak singkat.

huhuhuhu.
tido jom
assalamualaikum


Saturday, October 15, 2011

takdir yang tertulis

mengapa kita bertemu
mengapa takdir menemukan kita
mengapa perlunya perpisahan
mengapa perlu diam saat memutuskan silaturahim
akan ku tunggu
aku pegang kepada 1:
berdosa orang islam itu jika tidak menegur saudaranya melebihi 3 hari

tapi bukan dosanya yang ku pinta
doa yang ku panjatkan
agar terpadam segala dosanya tanpa sedar

kawan, harap kau bahagia tanpa kehadiranku

Friday, October 14, 2011

kenapa kau..

kenapa kau..cari aku awal2
kenapa kau..track no handphone aku
kenapa kau..contact aku through adik aku
kenapa kau..keep on cari aku even kau dah ada awek
kenapa kau..layan kepala sangat
kenapa kau..masuk air macam aku
kenapa kau..layan aku baik
kenapa kau..sweet sangat dengan aku
kenapa kau..ajak aku keluar jalan2 masa final masa kita tahun 2 dulu
kenapa kau..cakap kau rindu masa lalu
kenapa kau..blah

kenapa kau..datang balik dekat aku
kenapa kau..cari aku bila kau ada masalah
kenapa kau..buat aku tak boleh taknak dengar cerita kau
kenapa kau..diam

kenapa kau..cari aku bila kau perlukan aku
kenapa kau..cakap kau suka aku
kenapa kau..layan aku lagi best dari dulu
kenapa kau..treat aku masa jumpa
kenapa kau..buat mama aku pun adore gila dengan kau
kenapa kau..diam begitu je
kenapa kau..BLAH TERUS DARI HIDUP AKU TANPA SEBARANG SEBAB

kenapa weh kenapa?
bila aku dah macam ni baru kau nak blah kenapa?
kenapa bila aku dah gila pasal kau, baru kau tau nak blah?
kenapa tak awal2 lagi kau tak ambik port je pasal aku?
kenapa weh kenapa?!
babi lahhh kau ni S!

Thursday, October 13, 2011

kemelut

bila aku stress, dikatanya aku marah.
bila aku marah, dikatanya "kenapa ni, marah ke, ada masalah ke, sabar2".
bila aku senyap dikatanya aku moody, emo.
bila aku terdiam tanpa sebarang senyuman, dikatanya aku banyak masalah.
bila aku serabut dengan macam2 hal yang mendatang, masa tu nak kata "aku paham kau ada masalah, tapi jangan sampai spoilkan mood orang lain".
bila aku cuba melarikan diri dari segala2nya, dikatanya aku pemalas, semakin tak mahu memberi komitmen, walhal aku cuba menyelesaikan satu persatu kemelut yang aku sedang alami.

bila aku senyap, maknanya aku perlukan ruang untuk bersendiri.
bukan aku tak suka orang ambil berat, cuma kadang kala dengan bercerita, semakin berat rasanya hati ini.
so, baiklah aku diam kan?
tapi bila aku diam, kenapa tuduh aku marah, moody? kenapa push aku begini?
apa kau tahu? nak tolong? tolong TAMBAHKAN SERABUT DALAM KEPALA AKU?

adakalanya, dengan melarikan diri dari masalah, barulah aku dapat bermuhasabah diri.
dengan diam, aku dapat menahan marah ini daripada terpancar kepada yang tak sepatutnya menerima marah ini.
tapi, semakin hari semakin kacau!
manusia memang tak pernah faham lah!

semakin hari, semakin cepat mati yang kupinta.
jujur, ok?
aku dah tak mampu nak tahan tekanan lagi.
aku tak mahu bertemu dengan manusia2 yang tak pernah memahami lagi.
aku tak mahu lihat dunia ini lagi.
hanya tahu, tolong TAMBAH SERABUT AKU, tolong divert fokus aku kepada target aku, hanya tolong tambah tekanan!
tapi berdosanya aku, kenapa MATI yang aku pinta?
maha suci ALLAH! ampunkan jahat hati aku ini!

komitmen pulak?
pelajaran, sport, hubungan sesama manusia,
apa pulangan aku? huh?

ingat aku ni apa, robot?
i'm off my limit.
someday i'm going to vanish.

sesungguhnya, ALLAH yang lebih mengetahui segala kemelut rasa hati ini.
subhanallah!

Tuesday, October 11, 2011

the test

it's just me, screwed things up unintentionally.
screwed a friendship, living in hardship, having to get over something that is out of my beyond.
dear ALLAH, what is this? a test? a courage test to prove that i am the only person who manage to go through the hardship?
dear ALLAH, i'm no angel, i'm nothing, i'm only a stupid, naive human being.
dear ALLAH, do provide me with extra strength.
ameen.

i cried, for the first time after a year. yes.
somehow, tears started to drop. without my approval.
but i just can't help it. it's just how i release the tense and sorrow in my heart.
the worst part is, i can't believe the almost 5-years friendship tie, had gone by the wind.
leaving me nothing. i'm left alone.
at the moment when i started to need the person. who gave me false hopes!
which had vanished my spirits. they're are all gone.
leaving me behind..alone.
nothing.
nothing.
shit.
i hate the hardship i have to go through.
but the memories remain memories.
which, again, give me tears.
oh ALLAH.
allow me to have my prayer first.

Saturday, October 8, 2011

adele's crazy for you

honestly saying, one thing that i hate the most is when my heart got strucked with this love thingie.
and the worst part is when the person that i so-called liked the most, is giving uncertain gestures to me, leaving me clinging around like "gantung tak bertali" whatsoever.
what the hell i'm crapping around nih? wargh! aku tension!
ok lah! aku salah istilah di sini. bukan gantung tak bertali disini. aku mana couple lagi. heheh
herm. i don't know. it's just the crazy feeling trapped in my heart.

dari dulu lagi aku dah vow dengan diri sendiri, jangan jatuh cinta masa belajar.
haaa tu lah! break the law lagi kan!
padan lahh dengan muka aku!
aku ni jenis, kalau dah kecewa tu bukan calang2 dah, kompem menonggeng. sumpah spoil segala mood aku kalau aku dah moody mcm ni.
and paling teruk effect dia dekat studies laa. haih lah.
teruk betul aku ni.
huhuhu.
ok lah aku tension ni. nak tidor kejap.
kbai


Thursday, October 6, 2011

haru biru

6th october 2011 ni aku:
  1. kena tinggal bus awal pagi. tu lah procrastinate lagi sempat bagi ytam makan lagi. nasib baik qeela belum gerak lagi. huhu
  2. dalam kelas dr azlishah blur2 sebab tak faham langsung rumus dan constant. haih lah lambat pikap betul.
  3. kelas English for Professional Communication, resume kena re-do and re-print. sia2 je kan semalam kuar jauh2 print. huhu
  4. decided ponteng kelas DSP mr shukor. konon nak buat proposal lah ni hantar besok.
  5. balik2 landing atas tilam terus tidur. 3 jam straight.
  6. perut lapar.
  7. baca journal sampai juling. wah thanks laa en fauzi. sangat helpful. tak payah jalan pergi library jauh2 fotostat journal.
  8. now pukul 9 malam proposal tak tulis ape2 pun lagi. besok dah nak submit ni.
whah. what a life

Wednesday, October 5, 2011

we'll be okay, even we're in the different continent. :)

i love the song.
and i'll just dedicate this to Mr. S. =)


I dont mind if you wanna stay,
With that smile upon your face,
Hang around for a little while,
Please dont drive away even for a mile.

I dont mind if you are far away
I’ll be waiting for you anway,
Under the sky of sunshine o rain,
I know ‘m gonna be in your arms again.


Different continents,
Its not a thing.
Coz i know we’ll be okay.
Endless borders,countless days,
Our love will pave the way.

I’ll be your wall,
For you to lean on,
When you fall just try to hold on,
I’ll be back in your arms,


Togther we’ll always be
For what may come.

Friday, September 23, 2011

buat baik berpada pada

ungkapan tu sekarang betul2 make sense dengan aku.
iye betul!
sorry to say, aku terpaksa jadi jahat sekarang
aku takmau pikir perasaan orang lain dah, apa spekulasi orang lain tentang aku
aku dah puas menjaga hati orang, menunaikan kehendak mereka
but still, tak pernah cukup?
apa lagi yg kau orang expect dari aku ha?
ye aku manusia, aku bukan angel, dan aku bukan TUHAN, aku tak mampu nak bagi semua
dan aku rasa setiap apa yang mereka minta dari aku, dah cuba aku tunaikan
mungkin ada yang terlepas pandang, ada yang sipi2 tu, aku minta maaf
kerana aku tak sempurna. aku sendiri pun tak mampu puaskan hati sendiri, inikan orang lain.
well, setakat ni, tak jahat mana pun aku lagi.
aku cuma jahat mulut je. so what?
kau nak marah aku? tak puas hati?

tak pernah tanya ke kenapa aku suka buat orang marah?
apa rasa aku selama ni, bila kena pijak2, kena tekan2?

bila aku cuba nak kejar sedikit kejayaan, untuk hidup aku bhai, selamanya aku nak kena bawak bachelor kelas ketiga ke?
dan satu lagi kekurangan aku yg ALLAH kurniakan kepada aku; aku lambat pikap.
aku perlu concentration lebih, aku xmacam student lain yang natural pandai, sekali tangkap terus simpan selamanya. even boleh tahan sampai hari test.
tapi BUKAN AKU. haha.
bila aku senyap sedikit, lenyap sekejap dari pandangan, just sebab aku nak start jadi budak rajin, mula terbaling pandangan yang aku ni dah berubah, aku tak macam dulu, lain sangat.
ye dulu aku pemalas, aku taknak bukak buku, hari2 aku enjoy, memang tiap hari aku ada masa untuk spend time dengan orang, untuk puaskan hati orang jugak kan?
sekarang, kenapa marah?

kedua, aku akui, aku tak pandai berkawan, aku tak pandai memulakan perbualan, terus orang lemparkan spekulasi yang aku ni sombong.
so now, aku dah start talkative sikit, dah boleh buka lebih ruang untuk berkawan, lebih2 lagi untuk lelaki
tapi ini bukannya license untuk cakap lepas, tak tapis dengan aku?
ok aku memang boleh jadi open dengan semua orang, tapi apa kau rasa kan bila orang cakap lepas dengan kau?
sikit2 boleh lah terima, kalau dah direct bertubi2, jatuh juga air mata kau kan, even dalam hati?
kalau takpun, ego kau sure tercabar punya. mesti!
hey aku tahu lah, aku pun macam tu jugak, aku manusia macam kau juga kan?
bila aku pulang paku buah keras, baru tahu nak marah, nak benci aku.
padahal, kalau tak ada yang mulakan, aku pun tak sambung lah.
huhuhu

ketiga, aku tak mampu nak suka semua orang.
even ada yang nak cuba berkawan dengan aku.
berkawan tu tak salah, tapi biar kena cara.
kalau awal2 lagi dah nak sibuk pasal hal dalam kain dalam aku, baik tak payah!
cakap pasal tinggi, pasal body, padahal baru je kenal. tak sampai sehari pun.
aku bukan jenis itu.
kalau nak borak pasal itu, cari orang lain. mentah2 aku reject.
bila aku remove kau, nanti tau laa nak cakap aku sombong pulak kan?.
kalau kau tak buat baik dekat aku, aku pun tak buat baik lah dekat kau.

senang je concept dia.
kau jahat dengan aku, aku jahat dengan kau.
sebab tu makin lama aku makan garam, makin banyak masin yang aku dapat.
semakin kurang manisnya. sebab, banyak sangat garam aku kena ambil.
so, lepas ni kalau nak benci aku, bencilah.
sebab, semakin lama aku semakin takut nak jadi baik dengan orang lagi.
bila aku baik, ramai yang pijak kepala.
bila aku stand untuk pertahankan diri aku, hak aku, aku dilabel jahat, sombong, bla2.
whatever, i don't give a shit anymore.

p/s: maafkan tulisan aku. kbai








Sunday, September 18, 2011

notes of appreciation

herm
aku ni boleh tahan laa mencapap orangnye. siyes tak boleh belahhhh!
actually, aku cakap terus terang, aku memang suka main gitar, and sometimes aku memang suka menyanyi dengan nada yang pelik2. tapi tak tahu laa pulak aku boleh menyanyi merdu sangat tu, cuma takdelah capai level kalau nak jadi star tu. hahahaha.

ok kalau nak tengok talent aku sila tengok kat sini. alah apelah sangat talent aku ni, tak hebat macam yuna pun. huk2
but then, lepas upload video tu, banyak jugak positive feedback aku terima. terima kasih kawan2!
macam2 laa, cakap nice laaa, muka comel laa, apa laa, the best part komen bawah sekali ni haa. :p

tu housemate aku, dia antara yang paling banyak support minat aku untuk menggitar ni. sebab taste music kami sama. apa yg aku minat dia pun minat.
masa tu laa aku pikir kenapa awal2 tak belajar violin kan. sigh

kalau nak tau, masa awal2 masuk utem dulu, cita2 aku nak jadi musician dalam orchestra team. sebab aku tau talent aku hanya dalam gitar je, lagipun masa tu aku belum pro lagi macam sekarang, time tu budak2 gitar pun dah cukup, so kiranya aku takde space dah. ade ke sir tu suruh aku main trombone. cit.
so hujung sem 1, aku pun officially keluar dari orchestra team tu. sedih sebenarnya, tapi aku pikir aku tak boleh pergi laa trombone. its just not my passion. aku lebih minat gitar. thats all.
mcm mana aku boleh tersesat dalam taekwondo pulak ek?
bhahahaha. tu start off dengan koko aku laa. masa tu dah takde choice, lagipun dalam kelas aku sorang je yg join koko taekwondo. mungkin masa tu aku dipertemukan dengan sorang budak yg gile masuk air macam aku gak, dia yg tarik aku join utem taekwondo club. ambik kau jah. sampai skarang aku aktif dengan kelab ni.
sebab kelab ni jugak laa, sekarang aku ada ramai kawan2, ramai kenalan, dapat chance pergi luar melaka free, pergi tournament, menang medal, bla2. banyak laa.

so ni laa notes of appreciation aku nak tulis. terima kasih banyak2 kepada semua yang telah support aku. :)
sayang kau orang lah. muah!

johnny inggeris the sequel


ok. johnny english reborn.
best gila aku cakap, nak kata gila sangat tu tak lah, tapi sangat best.

so aku nak summarykan cerita ni, ia berkisarkan tentang this ex-agent called johnny english, dia kena hantar balik ke london untuk join balik team MI-7, selepas few years pegi china training. adalah mission dia, nak patahkan 1 team world assasin called Vortex yg ada plan untuk bunuh pemimpin, next akan mengakibatkan global chaos. at the same time, ada mole jugak dari team MI-7 tu sendiri yang ada konspirasi dengan Vortex tu. so tu lah yg johnny english dan PA dia, Tucker(kalo tak salah aku lah nama dia) kena investigate. macam2 lahhh yg berlaku, aku nak cerita pun takleh nak cerita detail sangat sebab nanti aku gelak besar punya. haihh duduk taip ni pun cukup laa aku teringat2 scenes bangang dlm movie tu. sumpah lawak!

and kalau cakap movie ni serve lawak bodoh, kau yg bodoh aku nak cakap dulu. make sense ok semua movements dia, secara langsung ataupun tak langsung, tapi sure kau orang akan gelak punya bila tengok. padahal muka rowan atkinson tu selenge je macam takde pape berlaku. ok cukup laa aku tengok gambar batu ni, aku dah gelak guling2 dah. tengok trailer jer tak cukup bhai, kau tak paham story punya. baik g tengok. takyah laa tunggu harga tiket jatuh baru nak g tengok(tapi kalau nak buat gak kau punya pasal la, duit kau kan) tapi aku suggest g tengok cepat2 laa.
even aku ni bukan seorang yang selalu up-to-date mesti pegi tengok wayang, tapi sekali aku tengok ni, bagi aku dah cukup berbaloi dah. sampaikan keluar2 panggung pun aku still gelak2 tak sudah2, tak perasan pulak ada classmate aku datang dari arah bertentangan siap zoom lens SLR dekat2 muka aku pun aku hampir tak perasan. jangan aku mimpi movie ni lagi dah la. :p

ok la, done cerita movie ni. aku happy sangat harini. takyah ada bf pun boleh happy lah der! bangga ni aku cakap. tapi orang2 yg tengah in relationship terbaca statement aku ni, takyah laa nak terasa hati. ini just opinion aku. masing2 ada cara sendiri kan. huhu

so that's it. cerita ini best, a must-watch. tu je aku nak komen. kbai


Tuesday, September 13, 2011

super tortureous semester

nak kata terlebih torture laa
mana ada dalam vocab perkataan tortureous
bunyi nak gempak je
wahahahha
wah tension gila aku jadi budak tahun 4 ni
kelas dah start, subject pun killer2
even ada subject hadir lulus, 3 jam kredit lagi, tapi memang tak boleh take for granted sgt
projek aku bertajuk analogue active noise and vibration control system, memang mintak aku untuk study balik subject analogue circuit aku tu.
bhahahaha susah doh! dpt lecturer pulak yang jenis terus terang aku cakap, bila kawan2 aku tanya and aku sebut nama dia, semua mata akan terbeliak. boleh imagine?
tapi tu je yang ada. lagipun aku ni bukan jenis memilih sgt, asal ada. lagipun en fauzi aku ni ok whut? cuma spekulasi dan pemikiran tipikal masing2 sebab ada pelajar pernah fail psm 1 dengan dia mungkin. herm
dan cabaran besar untuk aku tempuhi. berbanding semester2 lepas. huaaa
hahaha. oke lah. pray for my best. amin

Saturday, September 10, 2011

thoughts at midnight

aku kalau dah dapat internet 24/7 mcm ni, memang mata aku rabak laa melayan internet. even bukan cari apa2 maklumat pasal lecturer utk FYP aku, pasal apa2 yg berkaitan dengan telecommunication, data comm or whatsoever, tapi ntah laa. sejukkkkk je mata aku bila bukak fb, tumblr, formspring, blogger, bla2. wah macam banyak sgt webpage aku ni. cukup2 dah. sampai masa nanti aku remove satu2 account aku tu. buka account lain. biar takda orang stalk aku dah. heh.
ok so, sebenarnya lagi malam aku berjaga, lagi banyak persoalan yang bermain di minda aku. and biasanya pada waktu2 macam ni lah, persoalan yang datang dalam otak aku ni tidak lagi berkaitan projek FYP; ia dah mula berkaitan dengan perangai manusia2 sekeliling aku yang tak pernah puas hati dengan aku. yelah, siapa je manusia dalam dunia ni yang sempurna, yang boleh jadi mind reader so that boleh puaskan hati semua orang, cuba cakap dekat aku? memang tak akan ada! so the worst part is, memang susah laa bila kita tak boleh nak sentiasa expect siapa yang ada tak suka kita dalam diam, kot2 dalam hati menyampah nak mati dengan kita, or cemburu, atau tak puas hati? eh ada ke manusia yang tak puas hati nak datang depan muka kita semata2 nak ckp yang, eh aku ni tak puas hati dengan kau lah! ? ada ke? maybe ada, tapi SEGELINTIR je yang berani oke. yang ni aku memang tabik, sebab terus terang aku cakap, aku suka orang yang direct. sebab aku seorang yang tak suka dengan orang yang suka berkias2, nak suruh aku paham2 sendiri, sebab aku ni jenis lambat pikap. huhu. kemain panjang lagi aku tulis kan. sure pening baca ni. huhuhu.

so 1st aku nak ulas; jenis attention seeker. ok aku tak tahulah mana letaknya keistimewaan aku ni, adakah aku ni terlalu peramah, terlalu talkative dengan semua orang, terlalu open sampai budak2 pun berani nak ber'hoi2' dengan aku, as if aku ni kawan sebaya dia walaupun aku ni lebih dewasa berbanding dia? ok lah aku cerita direct lah. pasal seorang adik ni, ok laa at the 1st place aku terima bila adik ni ckp dia suka berkawan dengan aku so dia nak anggap aku ni mcm kakak dia. masa tu, aku in the middle of final exam season. so kau paham2 lah kan, final budak U dengan exam budak SPM mana sama. fokus dia lain macam. nak kejar pointer lagi, aku nak kerja telekom syal aku taknak jadi kuli so aku nak study die hard. tapi nasib baik aku takde BF, so fokus utk aku belajar tu lebih tinggi lah. pastu budak kecik ni mula2 kacau aku, mana dia dapat no hp aku taktau, call as if nak putus nyawa, rupanya ajak gayut. then aku tak layan lah, aku set reject call kat semua number yg masuk*niat asal nak reject number dia sorang je tapi setting hp sony aku ni cam cikai sket, so kena reject all call semata2 xnak setan kecil ini kacau mood study aku*. mula2 aku fikir dia bosan dia takkan kacau aku, tapi makin menjadi2 pulak setan ni. kadang2 lepas 4 5 jam perah otak aku on hp kejap sebab nak contact member2 aku, terus beratus jugaklah misscall dari number yang sama. masa tu aku dah panas lah, aik takkan sebab setan ni sorang, aku nak kena off hp sepanjang masa, abis mcm mana aku nak dpt update pasal hints dari kawan2 aku, nak discuss, bla2? annoying syal! oklah masa tu memang aku sound laa setan kecik ni, korang baca kat link ni memang full story dia. aku ingatkan dia serik, rupanya tak. huk2. sedih syal aku. kenapa aku kan. aku hari2 menyumpah apsal setan ni xnak mampus. nak tuka no hp malas pulak. susah doh idup aku. syal ar! the worst part is, sampai skarang dia masih menghantui aku. so now aku tak tahu what is the best i can do, aku hanya mampu ignore je. even menyakitkan hati aku gak sometimes. hari2 makan sumpah laknat dengan aku je lah budak tu. siapa suruh cari pasal kan.

next, aku nak cerita pasal orang yang tak puas hati dengan aku. herm, in sense that bila aku dapat lebih. tah la. aku rasa semua orang pun pernah alami benda yang sama kan. humm, aku tak nak confess, tapi terpaksa cakap la*sorry* YELAH MENTANG2 MUKA AKU CUN, JELITA, ANGGUN, MACAM AMOI GITU, SEMUA ORANG MESTI ADORE AKU PUNYA LAHHHH. MANA2 AKU PERGI ORANG SURE TENGOK AKU DULU, PAPEHAL MESTI AKU DAPAT ATTENTION DULU, EVEN AKU TAK PERNAH MINTA. DAH LAA PUTIH, LETAK KERTAS SEBELAH MUKA AKU PUN BOLEH KALAH LAA KERTAS TU. MEMANG LAA ORANG SUKA YANG PUTIH2 NI KAN.YANG COUPLE2 PULAK SURE RASA INSECURE PUNYA DENGAN AKU, SEBAB TAKUT BALAK2 DORANG CAIR TENGOK AKU, PADAHAL AKU TAK TERHINGIN NAK ADA BALAK PUN.THE BEST PART KAN, BILA GAME JE MESTI AKU JADI KURUS KAN, SEBAB TERLEBIH TRAINING, KENA TUKAR KATEGORI. SO AKU TENGOK SEMUA ORANG JELESSSSSSSSSS TENGOK AKU SEBAB TERLEBIH2 MACAM NI!! hamekkkkkkkkkk seribu kali hamekkkkk aku dah tak tahan lagi dahh semua orang tak puas hati dengan aku sebab aku selalu dapat best. ape boleh buat, aku bukan suka sgt bragging pun, kali ni je aku dah takleh nak tahan ape boleh buat kan, aku CUMA bersyukur dengan apa yang aku ada. bila orang cakap untung ler, aku cakap tak la aku tak minta semua ni, adakalanya aku hanya berikhtiar je. lagi satu, aku percaya yang rezeki Tuhan bagi tu sama rata, cuma dalam berbagai2 cara. lagi satu, bab2 makwe2 yang tak berapa nak secure bila balak2 diorang ternampak aku ke, terpandang aku ke, ter-ape je lah dengan aku, kadang2 aku tak sangka jugak mcm ni skali orang bagi perhatian dekat aku. belum lagi famous mcm fasha sandha, kalau tak ape dah orang nak fantasi pasal aku ni. nanti yang dapat dosa aku jugak, bukan diorang je. tapi at some other part aku bersyukur jugak sebab Tuhan kurniakan aku dengan satu kelebihan ni, tapi tak ada yang sempurna. aku bukan goddes pun, pada aku aku hanyalah seorang budak pompuan yang naif, lambat pikap, tak tahu apa2, cantik pun tak, biasa2 je. tapi aku bersyukur apa2 je yang Tuhan bagi kat aku. oke? ni baru bab keCUN-MELECUNAN, belum bab lain. hish. terlalu kompleks aku nak cerita. ni baru sikit.
tak tahulah. mungkin aku ni terlalu berlembut sgt. lama2 makin menjadi2, aku dah naik darah, aku hilang dah sifat lembut aku tu, aku jadi takde perasaan, aku sound je. nak marah ke, nak touching ke, boleh mampus la. huhu

tapi ampunkanlah ayat2 bold and senget aku tadi tu. aku bukan maksudkan pun. sebenarnya tu antara cara aku nak sampaikan mesej aku secara SARKASTIK. yes. aku sangat suka menjadi manusia sarkastik sejak kebelakangan ni. sebab agak makan dalam. hahaha. aku kan takde perasaan. k lah. anggaplah ni hanya satu joke k. chow




Thursday, September 8, 2011

alkisahnya penyakit itu

ok lah aku nak story.
haritu tanggal 5 haribulan 9 tahun 2011, aku telah melantak sambal taun homemade punya. tu babysitter aku mase kecik2 aku dulu buatkan utk aku. special laa..dia tahu tu feveret aku. bhahaha. punye laa hantu pedas aku ni kan, org lain pun xlalu nak makan setengah sudu, tapi aku pun xterkira brape sudu aku dah cedok and ratah. ngeee. gile hape ratah sambal warna hijau tu.
babysitter yg aku selalu panggil mak wok tu pun dah pesan banyak kali dekat aku, meen jgn makan banyak sgt nanti sakit perut, hish riso mak tgk. tapi aku konfiden je jawab xpe mak jgn risau memen kan hantu pedas, xde pape lah. hehehe. bajet r leh tahan makan pedas. ye laaa selama ni pun aku memang steady makan sambal even pagi2 sebelum start kelas, semua org memang tercengang punya lahh kalau tgk pinggan nasik lemak aku tu sambal kompem penuh mcm kuah gulai xpun kicap penuhnya atas pinggan aku tu. bhahahaha
ok pastukan, tanggal 6 haribulan 9 tahun 2011 esoknye pulak, aku sambung ratah lagi sambal tu. eee degil betul aku ni kan! tak serik2 lagi ni. lepastu, aku dah start rasa memulas2 laa. mula2 aku pikir alaaa sikit je tu. biase laa dah lama xmakan sambal. bla2. malam tu pulak, aku dah start rasa loya2 tekak. and muntah. skali muntah xmacam banyak pulak kan yg keluar. rase mcm perempuan pregnant pun ada. hahaha. mepek aku neh! tapi boleh tahan laa banyak kali gak laa aku muntah, sampai satu level tu aku rasa mcm nak pitam. and mak aku dah recognize keadaan aku ni dah teruk semacam, dia laa yg papah aku bawak g hospital teluk intan. nasib baik dekat je ngan rumah aku.
sampai wad kecemasan tu, terus duduk atas wilca aku. hahaa. first time doe naik wilca! rasa mcm tak berupaya sgt dah masa tu. bhahahaha. nak gelak pun ada. the best part, aku yg baru masuk time tu, nama aku yg kena panggil dulu. wah2 rasa mcm beruntung sgt laa jadi anak goverment servant(mak aku cikgu), dpt service free, masuk2 terus kena panggil pulak tu. pastu check blood pressure, memang rendah sgt2 dah masa tu. terus tolak wilca aku g wad separa kritikal. sampai2 wad separa kritikal tu pulak, bleh plak kan dokter tu tanye aku dah kawin ke, pregnant ke. wah2 mentang aku tengah pegang perut kan masa tu, pakai plak tudung ekin memang muka aku saling tak tumpah mcm muka pompuan dah kawin! siot je. huhu. pastu kena masuk air pulak, haa part tu yg paling azab laa aku rasa. ye laa mula2 dokter tu dah hunus jarum besar punya, aku boleh pulak kan merayu dokter pls guna jarum kecik sket boleh x? dokter tu pulak senyum je, hahaha muka aku dah cuak gila dah masa tu. time kena cucuk tu laa saat paling tak best dah bagi aku, sebab aku memang manusia yg takut jarum. huhu. perangai dah brutal, jarum takut. hekelleh.
ok lepas kena cucuk, and kena wiring pulak dengan salur tu utk sambungkan air utk dimasukkan dlm badan aku, aku pun baring laa dengan harapan dpt lena supaya bangun2 je dokter tu ckp aku dah bleh balik. tapi keadaan kat hospital tu, dengan bau hospital tu jugak, susah laa aku nak lena. rasa sejam tu mcm setahun je aku kena spend kat tempat tu. andddd, pada masa aku terbaring mcm org sakit(dah baring kat hospital memang org sakit laa namenye), aku dah terbayang bukan2. kot2 la kalo aku betul2 mengandung anak jin ke, hisssshhh astaghfirullah, takpun nanti lepas aku sakit ni hilang dah nikmat aku nak terus jadi manusia normal mcm sebelum ni, xpun aku ditakdirkan tak waras mcm dulu, masa tu aku rasa mcm nak nangis je sebab nikmat sihat aku ni ditarik even sekejab. waaaa. taching. belum lagi bila dokter tu datang balik nak masukkan ubat dlm salur air akuu tu, masa tu mcm2 rasa laa datang kat lengan aku. aku pulak hanya mampu buat muka ketat je sebab tahan sakit, rasa mcm lenguh pun ada, kebas pun ye. tapi ape yg sure, memang sakit gila lah!!! ni yg buat aku makin tension duduk kat hospital ni. eeesh!
lepas sejam kena tahan kat wad separa kritikal tu, baru aku disuruh duduk atas wilca utk ditolak ke wad kurang kritikal pulak. masa tu aku dah mcm phewwww lega gila, ingatkan lama lagi aku nak kena duduk kat wad tadi. kat sini rasa aman sket, at least boleh tidur gak laaa. tapi still azab laa, sebab dokter tu replace botol air baru, so aku nak kena tahan berapa jam lagi ler nak bagi air dlm botol baru tu habis masuk dlm badan aku baru aku boleh balik. so aku tutup mata lagi ler mcm tadi dengan harapan dpt lupakan sakit tu. and mcm td laa, dokter tu dtg lagi nak masukkan ubat dlm salur air aku tu. pfftt. sakit.
then lepas 3 jam ditahan dlm wad2 tadi, barulah aku dibenarkan keluar sambil dibekalkan dengan ubat2 sket. ok dokter sahkan aku kena cirit birit sebab sambal homemade tu dipercayai telah contaminated. wahahahahahahahahahha. masa tu aku rasa freedom gila laahhh dpt keluar dari azab tadi! alhamdulillah, rasa mcm nak sujud syukur pun ada tapi karang org pikir ape mereng budak pompuan ni, mcm tak boleh sujud syukur kat rumah. ish2. xpe lah janji lepas dah azab aku.
even aku hanya 3 jam je kena tahan kat wad, tapi sumpahhhhhhhhhhhhh aku memang dah tak tahan. cuba nak bandingkan dengan org lain yg kena tahan lagi lama kat hospital, ada yg berbulan2 tu, gila lah. tapi aku bersyukur laaa lepas tu aku demam sket2, harini aku dah sihat walafiat dah. sumpah aku dah fobia sikit nak makan. bukan apa, takut termuntah2 lagi mcm haritu. sakit wehh, the best part, berat aku turun. cecah 57 kg tu, hehehehe. ingat senang nak turun kilo free2 mcm tu? :p
so begitulah alkisahnya. moral of the story: jgn degil buat tak dengar ckp org tua. lagi satu, jaga makan. dah nak bukak sem baru dah pun. huhuhu

Monday, September 5, 2011

raya riot

ok lah so far, alhamdulillah. things went well jugak lah.
kalo nak aku story satu2 dari malam raya sampai hari last aku kerja tu tak dapat laa bhai. ponek den. hak2. ok laa aku baru nak confess. tak ramai membe2 aku tau cerita yg aku kerja time raya festive ni. semua org dah tahu ye sekarang? good. siot je aku ni. huk2
malas pulak nak cita. tapi nak dipendekkan story, aku tak raya pun raya 2nd and third tu.
alkisahnye, madam tempat kerja aku tu panggil aku mintak aku OT. sebab ramai buat no show taknak datang kerja. jimbet betul. nak aje aku simbah asid kat demer2 ni.
ye laaa, pasal demer2 ni laa aku taksempat beraye tau x!! ater dok je laa tayang muke kat tingkap drive thru tu. ekhehem. bleh tangkap kat tempat kerja aku ni? :p
tapi steady lagi laa, nasib baik madam tu sempoi, paham ler tgh2 musim perayaan ni dia kasi can laa pakai baju raya masuk kerja, even kena goreng fries dengan pakai seliparnye, angkat air 9 liter lagi, gilo pe aku ni. hish
tapi so far ok laa. aku enjoy whatt kerja time2 raya ni. tapi riot sket laa kepala otak aku ni. ye laa sedara mara dah balik umah aku baru sampai rumah dengan badan bau friesnye. huk2
so itu ler alkisahnya. the best part is, kerja2 pun still dapat angpow. alasannye AKU BELAJAR LAGI. yeah2. best gila!!!
ok laa nanti aku sambung story. chow

Monday, August 29, 2011

keranamu burger free..

kerana kau,
berat aku naik doh!
weh penat syal aku punye nak turun + menten kilo seminimum2nye utk 3 minggu ni tau tak!
*ok aku mengaku berat aku 58 kg. sape ckp aku berat ni siap la! ni dah paling ringan lepas paling berat 5 tahun dulu2 sampai cecah 72kg dulu tau!*
so aku ambik keje part time sket utk cuti ni *tempat kerja dirahsiekan* tapi pagi raye aku kene keje gak. sob2
tapi pedehal kan aku keje2 pun nanti balik rumah aka kg aku xsampai 5 minit je. salin je baju kurung ngan crumpled shawl ape susah. heh.
baekkkk punye plan kan. wahahaha
tapi aku xpuas hati gak! sebab since masuk keje ni, asik dapat burger free je!
semalam je aku ambik ayam. tu je le aku rase last aku makan besar.
jap gi harini aku naik penimbang, terus shot ke 60 kg kan. alhamdulillah.
lepas ni xnak dah aku ambik burger free. sedeh aku. baru nak beraye n masuk sem baru dengan berat baru. T.T

ok lah. anyway, selamat hari raya aku nak ucapkan kepada semua.
yg aku kenal, mahupun tak kenal,
segala kekasaran bahasa aku dlm setiap entry aku ni, minta dimaapkan.
juge mintak dihalalkan. hehe.
utk MAMA, memen mintak ampun atas segala keterlanjuran kata dlm last post tu. geram punye pasal. tapi semalam kene bahan kaw2 gak ngn memen. padan muke MAMA. bwekkkkk!! haha
ok chaw



Saturday, August 27, 2011

why do i have to be different from others

sometimes this bugs my head, specially time2 nak tidor.
bile insomnia, lagiiiiiiiii lah die datang. adoii laa chor, aku nak tido la!
ntah la. benda semalam bugs my head.
actually, sebelum2 ni dah lama ada dlm kepala hotak aku. cuma aku je yg xnak express lagi kat sini.
aku xtahu what's the difference being second child dengan yg lain2. what's that matters?
ok. sila bace kat previous post aku kat sini.
xtahu laa aku. aku nak ckp bab layanan ni, confirm laa xkan dapat sama rata punye.
masing2 ada lebih dan kurangnya. even aku anak tengah, tapi duit belanje aku dpt lebih sket. abg aku yg anak first tu dpt apa2 kat dia dulu, adik aku pulak dpt perhatian lebih.
bhahaha. lebih kurang mcm tu laa perbandingan yg aku bleh buat. ni secara kasarnya lah k.
ok lah. tu aku paham laaa. being parents pun actually bukan senang.
bukan senang nak puaskan hati semua pihak, yg aku maksudkan skang ni anak2 la.
tapi ntah laa, kadang2 aku xtahu laa ni just mak aku, or semua parents memang akan buat anak2 mereka mcm ni.
ok laa, honestly, nak xnak aku as anak kena laa respek mak aku, even kadang2 benda yg dia buat tu xbetul, tapi aku still xleh shout kat dia.
xpe lah. tapi kadang2 mak aku ni selalu ckp lepas depan aku. as if aku ni robot yg xde perasaan.
aik mak aku ni beranakkan manusia ke robot? pelik jap
dah banyak kali laa, kalo aku nak sebut sebijik2 memang aku honest ckp aku agak makan hati gak laa.
ye laaa aku anak dia kot. sampai hati dia ckp bukan2 pasal aku.
the worst part is, kata2 ibu adalah doa. so apebende yg die merepek2 kat muka aku ni doa ke MAMA?
adoi laa, padan laa aku ni bodoh. lambat pikap. ape aku nak buat sume xmenjadi.
tah xtahu laa. memang aku yg mcm ni kot.
aku rase aku dah habis polish segale skill and talent aku, aku nak bagi ilang lambat pikap aku ni, tapi xleh gak. hadoyai.
benda2 lain aku xnak mention, tapi semalam sumpah ler, aku TERASA laaa.
ok cenni story dia:

abg aku balik kg, so mak aku alang2 balik tuition terus p jemput abg aku tu laa.
aku xsangke pulak die call aku and ckp dia g mcd teman abg aku makan, ngan x ajak aku nye.
ok xpe lah.. aku tanye je apsal xgtau aku dulu?
ehhh boleh pulak die jawab XMO AH. MENYUSAHKAN.
ish. ok fine. aku terscreamo aa kat org tua tu. even aku xsepatutnya buat die mcm tu
aku ckp: OK ANAK NO 2 NI MEMANG MENYUSAHKAN?? KAN??!
memang since tu, aku dah xda mood.
adoi laa. tau aa dah rapat dengan membe lama. anak2 jadi menyusahkan ke?
dulu time aku ckp nak intern kat melaka, die boleh je emo kat aku, as if aku ni xmengutamakan keluarga sampai nak intern jauh2?
kemmon ler, intern je pun. tu pun nak bising mcm kel*ng ke?
ok lah, dengan sebelah berat hatinye aku pun accept ler internship kat telekom teluk intan.
walaupun pada dasarnya, aku boleh belajar lg banyak sistem kat telekom banda kaba melaka nu.
tapi tu lah. konon dengar ckp mak kan.
tapi bila aku dah spend almost 4 bulan, dah mcm buat short sem pulak kat rumah ni, die memang xlekang laa dari henset. mentang dah ade teman baru kan. aku yg umo 22 pun xde teman msg what.
ok lah. ape yg die buat ni, sumpah aku rasa yg XDE BEZANYA DUDUK RUMAH SEWA DENGAN RUMAH SENDIRI.
lagi 1 aku lupe nak explen, org pompuan ni bila dah bergerek, memang membe2 dilupekan.
ntah xtau ler term ni sesuai ntok mak aku. bergerek ni ckp sarawak, maksudnye mcm bercinte la.
huh. sejibik mcm budak2 rumah aku*xsemua*. memang patut pun aku jadi forever alone.
so sampai aku habis intern, nak abis cuti sem dah pun, mcm ni laa die boleh ckp balik kat aku kan.

so what's the difference? kenape mesti ada bezanya? just sebab aku anak no 2?
anak no 2 mcm aku ni annoying? mcm tu?
tapi aku still kena respek die as a MOTHER.
even at some other part, aku risau gile babi if anything ever happened to mak aku ni. huh. hari ni dia jalan jauh sebab setal hal penting sket.
tapi tu lah. xtahu laa aku.

dah. pening kepale aku.
jadi lone ranger je lah aku. balik rumah sewa ke, rumah sendiri ke, same je.
sumpah LAIN. aku xsama mcm org lain. hurgh

Sunday, August 21, 2011

style baru

aku sgt adore dengan outfit dia. bajet ah nanti bukak sem pakai mcm ni pulak kan.
hahahahaa. bajetttt!!!!
huu. ye lah. bukak buku baru. kalau dulu aku free hair, kadang2 pakai baju tu tersingkat sampai nampak laa bontot, mcm bab* dah. hahahahaha.
bile terkenangkan balik, rase MALUUUUUUU sgt lah, pastu nak gelak pun ada.
haih lah, apsal bangang sgt aku dulu2. otak singkat ada.
xpe lah. tu dulu2. sekarang lain. insyaallah

ok lah. chow

Thursday, August 18, 2011

fyp-->for your procrastination

ok laa.
sebenarnya aku ni procrastinator tegar.
so aku kena laa cari idea awal2 ntok fyp aku nanti.
ye lahh, bukak sem nanti tup2 aku dah masuk tahun 4.
yipeeeee dah senior rupenye aku
padahal pointer hampeh
bhahahahaha
so cemni lah, main course aku skang ni telecommunication
so apele yg ade kaitan ngan telecommunication skang ni
adoiiii kemmon ler kemmon
time2 mcm ni pulak nak dtg penyakit lambat pikap aku ni
hadoi
google2 laa sket title best2, ada guitar system yg wireless punye
asik gitar je aku ni
huhu
ada banyak je title ni, rajin ngan xrajin je nak cari
cume aku je yg xbape nak ada semangat skang ni apsal ntah
huhu
k lah izinkan tuan hamba g search title jap
bye2

Monday, August 15, 2011

pada saat kurang ajar itu dibolehkan

Huhuhu. Ni bukan nak menghasut ke apa. Ni apa yg aku pikir laa, maybe perspektif aku terhadap life ni lain daripada org lain. Tapi make sense kot dengan tajuk aku ni. Huhu.

Ok. Secara jujurnya, aku ni pada asalnya sebelum pakai tudung lagi memang seorang yg fully equiped dengan sifat KURANG AJAR and suke ckp lepas. Well, takde laa teruk sgt sampai g blasah cikgu ke salahgunakan taekwondo aku ke cari pasal dengan org lain ke ape ke. Wahahah. Banyaknye metafora aku ni. Cuma kadang2 aku gunakan kekurang ajaran aku ni untuk defend diri aku daripada kene pijak oleh pihak2 yg hanya tahu nak ambil kesempatan atas diri aku ni. Ok lupe nak mention, dalam pada kurang2 ajar aku ni, kelemahan aku ialah: aku xpandai nak sound depan2 apa yg aku xpuas hati or apa yg aku rasa xbetul, lagi 1 bila ada org saje2 nak condemn and hentam aku aku memang honestly xpandai nak balas balik dengan cara debat. Teruk kan aku ni, aku ni kalo menaip kat blog ke buat status ke boleh tahan pedas laaa tapi aku xleh nak express terus daripada mulut aku ni. Huh. Boleh laaa selama aku idup ni, memang dah banyak kali aku kene pijak dengan manusia2 tak bertanggungjawab ni. Teruk weh! Kadang2 bila aku duduk diam, aku pikir pasal diri aku ni, “kenapa laa aku ni terlalu takut sgt nak jadi outspoken untuk benda yg betul dan pada masa yg sama, tak nak biarkan diri aku terus2 kene pijak mcm sebelumnya?”. Mungkin gak laa sebab aku ni terlalu penuh dengan budi bahasa, terlalu nak menjaga hati org sgt padahal org2 kat luar sana xde pun ada hati nak jaga hati aku and last2 aku kene pijak mcm tu je? MCM TU JE? Sakit hati gak laa kadang2.

Sebenarnya aku sebelum ni kurang ajar in sense that bila aku xpandai nak express, aku rebel. Haha. Ape punye pemberontak laa aku ni. Tapi memang aku buat mcm tu, pernah laa 1 time sorang kawan yg aku kira, kawan baik gak laaa, bersifat seolah2 nak menggunakan aku bila perlu je. Bile xperlu, aku ditolak tepi je. *aku xtahu laaa org2 perempuan ni kalau berkawan memang mcm ni ke ape*. Memang aku terasa gila babi gak laa dengan kawan baik aku ni, xde laa kenal xsampai setahun pun dengan dia masa tu tapi aku memang terasa gila. And the worst part, dia ni jenis main hambek pakai barang2 aku pastu buat mcm harte die sendiri je, tapi cara dia treat aku sebagai “kawab baik” dia? Huh. Betul2 tak bleh blah! Last2, herm maybe masa tu aku yg terlalu emosional sampai xleh nak pikir cara yg lebih rational utk kenakan dia, aku g hambek barang aku yg dia buat harta tu pastu aku g sorok pastu aku g ckp kat dia yg barang tu dah ilang. Tolong cari sampai dapat. Wahaaha. Mcm budak2 gak aku. Masa tu aku 1st year laa, memang mcm budak2 pun. Aku rasa sapa2 yg tau cite masa tu sure enough ban aku laa. Tapi aku sedar diri gak laa, aku yg g cari pasal sapa suruh. Hahahaha. Tapi memang masa tu aku dah sumpah AKU XNAK JAGA HATI SAPA2 LAGI DAH. Start disitu la aku blajar cara2 nak idup tanpa perlu berkepit dengan mana2 bestie, sebab aku asik kene tolak tepi je dengan kawan baik, baik xyah ada kawan baik. Time perlu aku dicari, time xdiperlukan kau tolak tepi aku mcm tu je. Mcm tisu pulak. Huhuhu. Tapi balik pada topik asal, ni kira starting point la aku start jadi seorang yg agak kurang ajar dan lebih ckp lepas untuk stand and fight for my right. Wahahaha. Wow. Xleh blah gak terms aku ni.

Budaya melayu mengajar supaya ckp berlapik, jaga hati org lain, konon utk jaga hubungan antara manusia. Pasal tu laaa org2 melayu ni suke mengumpat. Huhuhu. Depan2 muka manis je mcm kurma, blakang kaw2 punya mencemuh sebab xpuas hati punye pasal. Nak ckp depan2 xbrani sebab takut terasa hati lah, takut hubungan menjadi keruh la, ape lah. Huhu. Tapi aku bukan condemn org melayu ni, ni just my point of view je. Dah banyak kali dah aku tgk, perhati, then aku analyze, ape guna jaga hati org lain last2 kita yg xpuas hati? Contoh mcm apa aku buat kat kawan aku tadi tu laa, kira kes makan hati laa ni. So why not aku break the rules je terus. Hehehe.

So now aku dah start laa jadi kurang ajar, sedikit demi sedikit, sampai 1 tahap tu memang ada dah beberapa org dah menyampah dengan aku and lama2 menjauhkan diri dari aku. Heh, aku bleh nampak k, aku boleh baca body language org. Hahaha. saje nak detailkan story, aku built sifat kurang ajar dan lebihkan ckp lepas ni dalam 2 tahun laa jugak, means masuk tahun 3 baru aku dah boleh fight, even still ada sikit laa perasaan menjaga hati org lain tu. Sebab pikir karma skali. Hahhaa. Yg tu jgn lupa ambil kira, kalau xnak benda buruk jadi kat kita, kita jgn laa start buat kat org. Heee. Aku belajar dari pengalaman and pemerhatian aku terhadap org2 lain kat luar sana. Ye lah, since aku selalu lepak sorang and being friendless in real life, aku selalu buang masa lepak kafe or masa tunggu bus dekat melaka central, and masa tu lah aku perhati satu2 perangai org. Aku tengok satu2 mcm mana org yg berani jadi outspoken utk stand for their right. Well, tak salah kalau aku ikut cara mereka kan, even takde lah 100 percent.

Key word untuk stand for our right: belajar2 laa say no. Say no ini perlu sgt2, k lah contoh ada membe nak pinjam kereta; kau sedia maklum lah kan kereta ni satu aset yg sangatlah susah nak dibagi pinjam kat org lain sebab kot2 jadi eksiden ke ape ke, masalah tu confirm berbalik ke batang idung kita. Dah membe2 mintak pinjam, kalau bagi kang jadi masalah susah gak, kalau xbagi kang kene cop kedekut laa kekwatt atau yg seangkatan dengannya. The same situation kalau ada org xkenal mintak fon number kau, well kalau bagi kang kene kacau tiap ari tak aman idup, kalau tak bagi kang ckp kerek lah jual mahal lah. Wahahaa. Ape lagi, agak2 mcm xpatut bagi, ckp je lah TAK BOLEH! Lantak laaa jgn pikirkan sgt perasaan diorang, pikirkan perasaan kita dulu. Nanti kalau dah dibagikan sgt, lepas ni diorang confirm akan mintak lagi punye, trust me. So time tu mule laaa nak tak puas sana sini, ditambah pulak dengan budaya menjaga hati sebab membe2 punye pasal, last2 memakan diri. So same sgt2 dengan situation aku dengan bekas kawan baik aku tadi tu. Betul. Aku belajar dari pengalaman ni, and aku xnak benda2 mcm ni berlaku lagi dah. In addition, ni lahh KURANG AJAR yg sebenarnya aku maksudkan dari awal2 tadi. Bukan nak suruh kurang ajar teruk2 sgt pun, Cuma kita praktikkan KURANG AJAR ni bila time kita dah say no in the right manner way, and bila manusia2 tu still buat2 xpaham, kita sound kasar sikit. Wahahaha. Lebeh kurang lah. Lantak lah pasni mereka nak terasa hati ke ape ke, janji life kita tenang. Peace.

Erm, aku tulis ni sebab ape lah, aku tak puas ati betul dengan ex aku ni. Dah elok2 tunang, g cari aku lagi buat apa. Aku dah sound dengan cara baik supaye jgn cari aku lagi, tapi dia buat2 xpaham lagi, aku sound kasar sikit laaa. Plus minus dia kena gak laa ayat pedas dengan aku. Haa lagi 1, bila diorang kena sound, pelemah yg biase digunakan ialah ayat2 yg akan buat kita serba salah balik. Mcm tadi ex aku balas ape tau dekat aku bila aku sound die tadi: TAK GUNA PAKAI TUDUNG KALAU PERANGAI STILL XBERUBAH. Well pakai tudung ni 1 kewajipan terhadap hukum ALLAH, aku buat kurang ajar pun sebab dia yg start off and keep on cari aku even dah berjuta kali aku pesan JANGAN CARI AKU! Lantak p mampus kat dia laa kalau nak taching lepasni, aku kuatkan ati sket and buat2 mcm xde perasaan mase bace ayat pelemah die tu tadi tapi sekurang2nya aku ingat yg aku dah fight, so lepas ni confirm dia xkan ganggu lagi dah. Huhu

Ayat nak panjang je kan. Kalau bosan stop laa baca entry aku ni, boleh sambung besok. Hahaha. just kidding. Sambung2. Since aku start perangai outspoken bukan2 ni, makin lega rasanya hati ini. Haha. Ye lah, kalau dulu asik makan hati je, last2 memakan diri sendiri jugak. Berbanding express je terus, 1 memang release laa apa yg dah memang terbuku dalam hati aku ni, 2nd boleh membantu org lain membetulkan cara mereka(at the same time aku sekali) melalui critism, 3rd xde org berani nak mess dengan aku sebab aku dah berani sound apa yg aku xsuka so memang mereka x buat lagi dah. Hahaha. tapi so far bukan melalui verbal lagi laa, aku nak sound org dalam ayat text berani lah pulak. Hahaha. i’m still a loser. Tapi papehal pun, at least beranikan lah diri itu tu. Remember, FIGHT FOR YOUR right. Hehe.

p/s: Thanks kat kawan aku Syahir, dia yg bagi aku ayat ni. Kelas kau jah!

Sunday, August 14, 2011

milik siapakah anonymous ini

wahahahahah
terbayang pulak aku dengan lagu sudirman tu
ehem2 serious balik
hurmm ok laa sincerely, aku sgt2 appreciate dengan setiap anon yg follow perkembangan life aku yg tak seberapa ni
thanks ye abg anon oii
cumakan, biaselah kita pun nak tahu kan siapekah gerangan org yg telah menstalk kita tu
tapi fine laa aku pun jenis yg xbrape nak ambik port sgt pasal org yg aku xkenal pun anyway
tapi curiosity tu mesti mau ada, butul?
ehh brape kali tapi ni haih
ade seorang anon ni(confirm kau tengah bace ni, aku SUREEEEEEEEEEEEEEE sgt2!)
asalnya dia suka sgt2 tanye soalan bukan2 kat formspring
aku pulak jenis masuk air je dengan sape2
cume mcm tadi lah aku ckp, aku jadi curious
pastu abg anon yg bijak ni pandai sgt hide identity die
well aku cuba utk tidak mengambil port
tapi kau tau x wahai abg anon, kau ni telah mentorture diri ini tau x
benci aku org yg bajet misteri sgt ni

ntah2 x hensem <--fikiran org typical
wahahahaha
jahat syattt aku ni
anyway soalan kau best2 beb tapi doesn't mean aku sangat interested nak layan kau
muhuhu
so k lah, enjoy laaa mind reading kau tu ye
aku dah sampai tahap, lantakkkkkk kauuuu lah!

and thanksss to warga anon jugak laa
sebab merekalah yg telah mengajar aku supaya jgn broadcast lebih2 pasal diri ini kat internet, specially GAMBAR
aku takut dah wei, walaupun sebenarnya aku ni xgentar dengan apapun
ceh ayat xblahhh
so sekarang ni, aku dah start privatize sket segala profile yg aku ade kat dunia cloud xnampak ni
wahahaha
so ok lah beb
jgn ambik ati pulak pe aku ckp ni
chow




Saturday, August 13, 2011

riots in between me and youngsters nowadays.

Buahahhahahahaha. Since kes riot kat london tu, aku tumpang simpati kat org2 yg xbersalah kat sane laaa. Especially kat student mesia yg xpasal2 patah jaw and kena samun at the same time tu. Aku rasa, 1 dunia tengah curse mobbers yg dah samun budak tu gamaknye. Mintak laa mampus cepat. Huhuhuhu. But now, aku yg kat mesia yg tgh aman damai(ye ke aman damai ke) skang ni pon tgh riot gak. RIOT dlm kepala hotak aku ni. Haihhh tgh sem break pun nak riot2 gak ker. Sambil2 layan album RIOT! by paramore, hehehehe. Bertambah2 riot laaa dlm kepala hotak aku ni.

Betul2 riot weh. Specially bile melibatkan new generations ni haa. Aku xnak specify laa generation tahun 9 puluh berapa, tapi apa yg pasti, makin lama makin teruk! Wah2 geram betul aku. Kurang ajar r core subject dia. Xde kurang ajar ni, xde laa masuk juvenile cases yg melibatkan dorang ni, e.g merompak, samun nenek sendiri, rogol family sendiri, kawan2, mengandung, bla3. Mcm2 laa. Aku xde laa kata SEMUA budak2 ni jahat tapi SEGELINTIR yg jahat ni telah mencalar-balarkan kedudukan kita sebagai khalifah di muka bumi ni. Chehh khalifah, guess mane aku dpt word ni? :p. Ade yg dpt scholar g overseas tu insyaallah balik2 sebagai manusia laa, tu laa yg aku harap sgt daripada generasi ni. Tak kurang jugak kepada yg berjaye melanjutkan pelajaran ke IPT dlm malaysia ni xkire laa bidang mana2 pun, degree ke diploma ke matrik ke form 6 ke hatta sijil sekalipun, sile lah jadi MANUSIA. Ade yg hampeh2 ni pulak, pls laa bawak2 bertobat yeh adik2. Akak nasikhat ni bukan per, akak xtahu laa ape masalah kamu org ni jadi teruk sgt kalau nak dibandingkan dengan kejahatan mase zaman kami2 skolah dulu. Lerrttsss. Try tanye 80’s babies, ape laa sangat jahat kitorang ni? Habis2 pun, pancit tayar kereta cikgu, curi kalkulator org, bertumbuk bagi budak lelaki(budak pompuan pun xterkecuali ye) tu ade jugak laa, could be pasal masalah cinta bersegi2. Tapi cube compare dengan budak2 zaman skang ni, mak bapak saman cikgu2 skolah, dak skolah rendah buat love letter berunsur lucah pun ada ooww, ade vid pasal budak belasah cikgu dlm kelas, yg rogol membe klas siap letak pensel dlm lubang qubul kawan tu apehhal dek oi? Tu mcm perkara biase dah(untuk demer). Patut pun bila ada pakcik2 tanya kenapa aku xnak sambung legacy family aku as cikgu, aku jawab je TAKNAK LAAA PAKCIK, BUDAK2 ZAMAN SKANG NI JAHAT2. Padan muka. Huhu. Tapi sian gak kat budak2 ni. Xde tenaga pengajar, mcm mana nak ajar jadi MANUSIA? Tapi ada cikgu pun, bukan boleh ditegur demer ni. Silap2, kene yg ade banyak connection mcm gengster, habis laa. Outputnye jadi BINATANG jugak laa lastnye. Adohyaiii. Apa pun tak boleh!

Kalau aku nak kupas isu ni sorang2, rasenye sampai kiamat pun aku xkan dapat exact reasons kenapa generation ni makin lama makin teruk. Sorry to say laa, aku xleh nak imagine negara kita ni ditadbir oleh golongan2 mcm ni. Sorry wei ckp. Benda ni aku ambik kira dulu. Ckp laa aku ni terlalu nak condemn new generations ni ke hape, tapi ni laa hakikat yg komer harus telan adek2 oi. Ok laa aku buat 1 hipotesis awal dulu, jgn confirm ni alasan sebenar pulak. Hak2. Ok laa, bagi aku lah, boleh jadi atas didikan ibubapa zaman sekarang ni. Bukan mcm dulu2, bapak p menoreh getah, mak laa yg dok rumah jage anak, jage rumah, jaga dapur, jaga tu ni, maka ada laa pantauan ibubapa disitu. Bila bab didikan disiplin anak2 pulak, pendekatan rotan digunakan. Even mak bapak pun siap bagi rotan kat cikgu suruh besit je anak2 demer ni kalau nakal kat tempat belajar. Hahaha. Tu dulu2 laa. Even aku pernah gak merasa kena besit ngan rotan sebab padam markah test paper pastu replace jawapan baru pastu pandai2 g tunjuk kat cikgu ckp CIKGU JAWAPAN SAYA BETUL APSAL CIKGU KASI SALAH. Mentang pakai pensel kan, leh laa nak senang2 hati padam gitu je. Wahahahaha. Syal gak aku ni kecik2 dulu. Even kena besit kat tapak tangan je pun, pehh terasa gak laa kesedapannye tu, nikmat gile doh rasa mcm ratah sambal blacan je. Xde hal besar kecik je pun, tapi tu laa yg ajar aku supaya jadi MANUSIA. Andddd, masa tu mak aku siap leh ckp PADAN MUKA bile ngadu kene besit ngan rotan, konon nak mintak simpati laa. Huk2. Ok berbalik kepada persoalan asal, kenapa new generations makin lama makin kurang ajar ni? Ok, cube try besit budak2 skolah skang ni kalau xsiap kerja sekolah, kompem ade laa cikgu yg turun naik court nanti. CONFIRMMMMM! Wah2, mcm kes besar sgt, padahal xsiap homework addmath je pun. Aku dulu2 tiap hari kene torture homework addmath bagaikan xde kesudahannya. Last2, A1 gak addmath aku. Hehehehe. Mungkin jugak laaa bile bapak2 DAN mak2 pun dah keluar bekerja, biase office hour 8-5 tiap hari, tolak OT laa kalau nak buat. Budak2 skolah pulak pagi kul 7-1, petang 2-6.40. plus minus gitu laa. So, mcm mana nak pantau anak2 kalau timing clash? Haaa, itu dah 1 lagi point. Sehari dua boleh laa budak2 ni nak takut2, kalau dah hari2, huh boleh imagine laa kan. Nak2 pulak kalau area bandar, urban, shoping complex merata2, dan2 budak2 ni pulak tengah2 nak mencari identiti, so dah xde masa nak hang out ngan family, dorang hang out laa dengan kawan2. Betul? And cabaran utk dorang, kalau dapat kawan baik, alhamdulillah. Kalau kawan yg seth-tan tu? Wahhhhh! Mcm mana pulak? Malas aku nak explen lebih2 korang leh imagine laa kan flow story dia. Depan mak bapak yg busy, hari2 just boleh tanya “how’s school?”, jawab je “fine”, padahal buat benda lain blakang bontot mak pak demer. So kat skolah cikgu2 je laa yg boleh pantau aktiviti harian dak2 ni. Tapi tu aku pelik gak laa, cikgu dulu2 tegur budak2 rilek je xyah takut ancaman ape2 mcm nak tegur budak2 zaman skang ni. Ish2. Pening teman. Mak bapak terlalu percayakan anak2, bila cikgu ckp otherwise “ini bukan rekaan ma”, mati2 xpercayenye. Aih lain beno perange anak teman ni, lagi2 pulak anak2 yg convincing, lagi laa susah. Hahhhh. Apa pun xboleh lah! Herm. Lebih kurang mcm tu laa.

Belum habis disitu laa, tapi masih under kotak yg sama. Boleh jadi bermula dari didikan rumah laa yg buat diorang jadi teruk mcm ni skali. Alaaa budak2 batch aku dulu pun teruk2 gak, tapi xde pun aku dengar cerita mak bapak datang skolah saman cikgu? Habis2 pun g sound cikgu tu, mak aku dulu pernah kena gak laa tapi naseb laa incik2 dan puan2 tu dpt cikgu yg banyak bunyi mcm mak aku ni, ada point nak bidas, last2 xleh nak kata apa gak mak bapak budak2 tu. Ish ape aku dok merapu ni. Tu laa anak2 yg dimanjekan sgt. Manje yg bukan2 pulak tu. Aku boleh drop my jaw lah tgk budak2 skang pakai BB, ish bukan blemish balm cream tu haa, Black Berry beb! Selambe die tot-tet pakai hp gemok comel tu sambil buat homework sejarah. Hell-o? Zaman aku sebaye budak2 ni, aku telah dibebani dengan homework addmath dan yg seangkatan dengannye, dapat topup rm10 sebulan je mak aku bagi. Gilo hape? Mane nak lepas rm10 sebulan kalo topup rm10 tu valid utk 7 hari je? Gagagagagagaga. Aku sumpah wei, aku memang lalui benda2 ni. Sampai bila2 pun aku xkan lupe lah! Yg kecik2 tu pun 1 hal gak, hp touch2 je aku tgk. Zaman aku dulu hanya ada barbie doll je. Time darjah 6 pun, main henset tiga2 skupang tu pun dah dikira mcm WOWWWW ADE HENFON, HEBATNYE. Huhuhu. Tu laaa, manje lebih lagi budak2 skang ni. Memang naik lemak laaa. Patut pun budak2 skang ni makin ramai obes. Penyakit arwah opah aku dulu tu dah jadi penyakit dorang pulak. Lolololoololololololol. Ish ape kene mengene ni?!

Satu lagi, budak2 zaman sekarang ni makin kurang ajar. Haaaa! Itu key wordnya: KURANG AJAR! Sumpah kurang ajar nak mampus weh. Udah laa xboleh ditegur, bodoh sombong. Hamekau. Aku tahu laa story, mcm laa adik aku ni bukan tergolong dlm new generation ni. Tapi so far dia ni xde laaa extreme mcm org lain sampai bunting xmemasal tu. Hak2. Cuma kadang2 the way dia sembang tu, mcm same je ckp ngan kawan2 dia. Outspoken yg bukan2. Beza kot kalau mak aku mintak tolong aku buat house chores dengan mintak tolong kat dia. Huih! Mampus xnaknye dia buat. Buat bodoh tu dah 1 hal laa, siap leh “apehal” balik kat org tua tu APEHAL?! Bapak ahhh kurang ajar. Xbace Quran ke dek? Mcm xpenah dengar stetmen even perkataan “ah” tu pun dah kira menderhaka? Emm sile betulkan kalau aku salah. Tapi tu yg aku pasti laaa, sebab subject agama aku pun A1. Mcm aku xblajar agama. Huhuhu. Dah tu kalau dengan mak aku pun dia selamber cicak buat nada mcm tu, dengan abang and akak dia pun apatah lagi laa. Mentang kau anak bongsu kan. Ok laaa, dengan aku yg tua 6 tahun dengan dia pun die xmain panggel akak dah, panggel name je mcm panggel membe kelas die gak. Ok laa tu aku bleh adapt dah, walaupun pada dasarnya aku dah anggap SANGAT KURANG AJAR. Dah laa tu, bodoh sombong gak. xboleh ditegur. Kalau aku cube menegur, kompem die balas someting yg membawa maksud “kau jaga kain kau, aku jaga kain aku”. Ok laa, aku terpakse kutuk kau dlm blog aku ni: weh budak, org2 tua mcm kami ni tegur ko utk kebaikan ko jugak, bukan saje2 gedik ayam nak cari salah kau just sebab kau je budak dlm family ni. Kalau bukan sebab nak bagi kau jadi MANUSIA mcm aku ni, xde maknenye aku nak buang air liur nak tegur kau. Dah kau bodoh sombong mcm tu, dengan kurang ajar bukan2nye, hengat aku nak respek kau balik? Idup laa kau dengan bodoh sombong kau tu, nak sangat jadi BINATANG. Udahlah tu, xtahu diuntung pulak tu, kehendak kau sorang je nak kena tunaikan, kalau dah kurang ajar mcm ni SUMPAH AKU XNAK BAGI DAH laaa wehh. Selamber mintak share duit gaji aku, aku xnak ungkit tapi aku terpakse ungkit laa aku pernah bagi henset kat kau mase aku sem 2 dulu sebab konon kesian adik aku xdak telepon bimbit best mcm org lain, dah besar2 kau kurang ajar balik dengan aku. Haha. Terima kasih BEB! Bulan2 puasa ni aku dah niat suci nak bagi duit belanje kat kau sket sebelum balik UTeM sambung tahun 4 aku, konon nak bagi laa duit belanje beli topap kan. Atas keKURANG AJARan kau ni, terpakse laa aku batalkan niat murni aku ni. Xpe lah, xde pahala, xworth it pun aku tolong kau dah. Take that. New gens, korang pun patut bace ni. Aku jadi emo sebab korang2 ni jugak laaaa. Belum lagi laa sorang budak yg nak sangat jadi adik angkat aku ni, sorry laa dek aku berlakon je dengan kau. Sebab kau ni gedik ayam xmasal2. Dah laa aku benci gile babi dengan org2 gedik ni. Pastu buat xreti2, kurang ajar gak laa pada aku. Ehh zaman aku dulu xde pun subject sivik, tapi rasenye kesedaran sivik aku lagi tinggi kot kalo nak banding dengan kau. Dah tau call2 aku xnak angkat sebab tgh busy final, penat nak membute tibe2 miskol2 berpuluh kali, ehh annoying laaa syal! Sie2 je ambek subject sivik tu. Bodoh nak mampus! Haduhhh, kan dah kena carut ngan aku.

So atas ketaksedapan ayat aku tadi disebabkan terlebih cili boh, aku mintak maap awal2 laa. Aku ni kalau geram memang mcm ni laa. So memang penuh RIOT dlm kepala hotak aku ni. Adoyyaiiiii memacam laa hal dunia ni. RIOT sunggoh. Sigh


Thursday, July 28, 2011

i'm in the business of misery, let's take it from the top

herm
since semalam lagi, i guess even isnin hari tu kot
aku memang rase xbest sgt
miserable sgtttttttttttt
well maybe sebab ni final week intern aku kot
tapi kepala hotak aku makin hari makin bengong r skang ni
bengong tol

1st, mata aku dah xbrape nak betul
kadang2 nak taip report kena pakai spek, adakalanya aku xpkai spek ok plak die

2nd, bila dad aku ni makin hari makin xmau berenggang ngan aku, ye lah minggu2 mendatang nanti aku dah xde dah kat office telekom ni. sumpah ckp aku touching sgt sebab aku xde bapak 1 hal, lagi 1 aku xsangke mcm ni skali beliau hargai aku. thanks dad :')

3rd, technical report yg tah bile nak siap ni. pening gak kepala aku. even aku ni start awal, tapi aku rasa org lain yg start lagi lambat dari aku pun dah siap gamaknye. aku tinggal tambah gambar ngan reference, abstract ngan acknowlegment nak kena settle lagi. huish

4th, bila ada guy yg ckp depan aku secara sincerenye bahawa BADAN YASMEEN NI ABG TENGOK SOLID JE, YASMEEN MASUK AEROBIK CLASS KE? skali aku jawab TAK. TAEKWONDO. take that. huhu.
aku suke sgt manusia yg jujur ni. tapi AKU XSUKA SGT MANUSIA YG JUJUR XBERTEMPAT MCM NI. TERIMA KASIH.
since that, ade baki 2 hari aku praktikel sini, punye laa aku korek wardrobe cari baju longgar sket nak pakai g kerja. hak2. sape suruh pakai baju mcm sarung nangka lagi. tapi korek punye korek, ok la dah decide jumaat ni pakai baju kurung je laa. T_T

hak2. tu laa. benda2 mcm ni laaa yg banyak mematikan mood aku.
aku tension ni sebenarnye. aku banyak hal, but at the same time aku tgh penat.
dan2 laa semalam g site, ade preventive maintenance, measure range battery cells, test on genset xmcm bergegar plak kan jantung aku, mcm start enjin kereta pastu letak tol2 atas badan aku. hak2. nampak beno nipunye. mati le aku gitu.

aku 3 bulan prektikel, and 3 bulan kat t.i pun, aku xde chance nak hang out ngan kengkawan.
wargh. nak kuar. nak kuar.
adoyyai. cepat2 laa habis bala ni. huuu

p/s: dad aka uncle yusof, pls take care ok. :)

Tuesday, July 26, 2011

muke baru aku

wahahaha
weiii
tension sial
ni semua report punye pasal laa
kalau laaa utem xsuruh budak2 prektikel buat report kan
warghh
skang aku dah start nak silau dah bila pandang skrin lappy lame2
even nak tgk tv pon aku tutup separuh mate
bile malam confirm laa kena bukak lampu kalimantang nak kasi suasane terang
dannnnnnnnnnn
special effect ni pulak hanye berlaku bile waktu malam je
dem
so skang ni nak bagi ok sket keadaan, terpakse laa aku pakai spek silau adik aku punye ni
wahahaha
boleh pulak kan
karang rosak plak mate aku
sebab aku xcek pun lagi power aku, lagipun power spek adik aku ni ntah2 xcompatible ngan mate aku
aku pulak main sarung je mane yg ade kan
tapi so far aku pakai spek adik aku ni, rase ok sket laa bile nak buat report
huaaa
xsangke tol aku
selame 11 tahun aku jadi budak skema(xcampur zaman blajar matrik ngan utem), asik ngadap buku je
baru skang aku kena buat spek baru
so tahniah ye yasmeen
welcome to the specky club
hahahaha
lihatlah betapa nerdynye aku bile pakai spek
buekkk
ni spek pinjam adik aku punye

nanti dah free baru aku leh p buat spek baru utk aku sendiri pakai so xyah pinjam2 dah
nasib baik bingkai dah ade
tinggal buat cermin je
:p

Friday, July 22, 2011

i'm all alone here

adoyyai
aku pon dah xpaham ngan diri aku ni
at one time, aku rasa happy sgt
at other certain time, bila rase lonely, aku somehow jadi sedih semacam
ntah kadang aku nanges sendiri
ape dah jadi ngan aku ni
wargh
ape konflik emosi aku sedang alami ni
huhuhu

and, the worst part is
aku xtahu pade siape aku nak mengadu
sebabnye aku dah banyak kali alami situasi di mana akuu expect utk msg dgn sesiapa
and nobody balas msg aku
dem
bila org lain tgh lonely, aku gak yg dicari
xpe laa
what can i expect from people kan
so, aku tuka option xnak cari sape2 dah bila lonely mcm ni
aku layan je laa lagu
dengar satu2 lirik dia, so meaningful that
sometimes ada resemble life aku, mood aku pada masa itu
sometimes bila aku teringatkan seseorang, and at the same time aku xberani nak msg sebab takut kena rejek mcm tadi
bila msg aku x dilayan la
so aku dgr laa lagu2 yg ada dlm winamp list aku ni
no bad

most lagu yg aku dgr, dari most bands jugak
dari malaysian indie, indon songs, english songs dari uk bands, american bands
rentak yg aku suka, alternative laa
ska pun ok, mcm lagu last kiss by pearl jam
the most yg aku suka, the beatles
especialy lagu all you need is love
kalau taylor swift pulak, aku layan bila tengah berbunga2
dengar laa speak now, sweet sgt
if paramore pulak, aku suka SEMUA lagu dia
malaysian band yg aku minat: HUJAN, bunkface, pretty ugly, butterfingers
tapi doesn't mean aku xlayan lagu pop biasa, sama je
yg aku suka:katy perry, gaga layan gak la, shontelle, bruno mars..
lirik dorang biasanya resemble life, love, sad thing, bla2
hehehe

so
this is the boring kind of life yg aku hadapi hari2
but i made through it :)