Friday, September 23, 2011

buat baik berpada pada

ungkapan tu sekarang betul2 make sense dengan aku.
iye betul!
sorry to say, aku terpaksa jadi jahat sekarang
aku takmau pikir perasaan orang lain dah, apa spekulasi orang lain tentang aku
aku dah puas menjaga hati orang, menunaikan kehendak mereka
but still, tak pernah cukup?
apa lagi yg kau orang expect dari aku ha?
ye aku manusia, aku bukan angel, dan aku bukan TUHAN, aku tak mampu nak bagi semua
dan aku rasa setiap apa yang mereka minta dari aku, dah cuba aku tunaikan
mungkin ada yang terlepas pandang, ada yang sipi2 tu, aku minta maaf
kerana aku tak sempurna. aku sendiri pun tak mampu puaskan hati sendiri, inikan orang lain.
well, setakat ni, tak jahat mana pun aku lagi.
aku cuma jahat mulut je. so what?
kau nak marah aku? tak puas hati?

tak pernah tanya ke kenapa aku suka buat orang marah?
apa rasa aku selama ni, bila kena pijak2, kena tekan2?

bila aku cuba nak kejar sedikit kejayaan, untuk hidup aku bhai, selamanya aku nak kena bawak bachelor kelas ketiga ke?
dan satu lagi kekurangan aku yg ALLAH kurniakan kepada aku; aku lambat pikap.
aku perlu concentration lebih, aku xmacam student lain yang natural pandai, sekali tangkap terus simpan selamanya. even boleh tahan sampai hari test.
tapi BUKAN AKU. haha.
bila aku senyap sedikit, lenyap sekejap dari pandangan, just sebab aku nak start jadi budak rajin, mula terbaling pandangan yang aku ni dah berubah, aku tak macam dulu, lain sangat.
ye dulu aku pemalas, aku taknak bukak buku, hari2 aku enjoy, memang tiap hari aku ada masa untuk spend time dengan orang, untuk puaskan hati orang jugak kan?
sekarang, kenapa marah?

kedua, aku akui, aku tak pandai berkawan, aku tak pandai memulakan perbualan, terus orang lemparkan spekulasi yang aku ni sombong.
so now, aku dah start talkative sikit, dah boleh buka lebih ruang untuk berkawan, lebih2 lagi untuk lelaki
tapi ini bukannya license untuk cakap lepas, tak tapis dengan aku?
ok aku memang boleh jadi open dengan semua orang, tapi apa kau rasa kan bila orang cakap lepas dengan kau?
sikit2 boleh lah terima, kalau dah direct bertubi2, jatuh juga air mata kau kan, even dalam hati?
kalau takpun, ego kau sure tercabar punya. mesti!
hey aku tahu lah, aku pun macam tu jugak, aku manusia macam kau juga kan?
bila aku pulang paku buah keras, baru tahu nak marah, nak benci aku.
padahal, kalau tak ada yang mulakan, aku pun tak sambung lah.
huhuhu

ketiga, aku tak mampu nak suka semua orang.
even ada yang nak cuba berkawan dengan aku.
berkawan tu tak salah, tapi biar kena cara.
kalau awal2 lagi dah nak sibuk pasal hal dalam kain dalam aku, baik tak payah!
cakap pasal tinggi, pasal body, padahal baru je kenal. tak sampai sehari pun.
aku bukan jenis itu.
kalau nak borak pasal itu, cari orang lain. mentah2 aku reject.
bila aku remove kau, nanti tau laa nak cakap aku sombong pulak kan?.
kalau kau tak buat baik dekat aku, aku pun tak buat baik lah dekat kau.

senang je concept dia.
kau jahat dengan aku, aku jahat dengan kau.
sebab tu makin lama aku makan garam, makin banyak masin yang aku dapat.
semakin kurang manisnya. sebab, banyak sangat garam aku kena ambil.
so, lepas ni kalau nak benci aku, bencilah.
sebab, semakin lama aku semakin takut nak jadi baik dengan orang lagi.
bila aku baik, ramai yang pijak kepala.
bila aku stand untuk pertahankan diri aku, hak aku, aku dilabel jahat, sombong, bla2.
whatever, i don't give a shit anymore.

p/s: maafkan tulisan aku. kbai








Sunday, September 18, 2011

notes of appreciation

herm
aku ni boleh tahan laa mencapap orangnye. siyes tak boleh belahhhh!
actually, aku cakap terus terang, aku memang suka main gitar, and sometimes aku memang suka menyanyi dengan nada yang pelik2. tapi tak tahu laa pulak aku boleh menyanyi merdu sangat tu, cuma takdelah capai level kalau nak jadi star tu. hahahaha.

ok kalau nak tengok talent aku sila tengok kat sini. alah apelah sangat talent aku ni, tak hebat macam yuna pun. huk2
but then, lepas upload video tu, banyak jugak positive feedback aku terima. terima kasih kawan2!
macam2 laa, cakap nice laaa, muka comel laa, apa laa, the best part komen bawah sekali ni haa. :p

tu housemate aku, dia antara yang paling banyak support minat aku untuk menggitar ni. sebab taste music kami sama. apa yg aku minat dia pun minat.
masa tu laa aku pikir kenapa awal2 tak belajar violin kan. sigh

kalau nak tau, masa awal2 masuk utem dulu, cita2 aku nak jadi musician dalam orchestra team. sebab aku tau talent aku hanya dalam gitar je, lagipun masa tu aku belum pro lagi macam sekarang, time tu budak2 gitar pun dah cukup, so kiranya aku takde space dah. ade ke sir tu suruh aku main trombone. cit.
so hujung sem 1, aku pun officially keluar dari orchestra team tu. sedih sebenarnya, tapi aku pikir aku tak boleh pergi laa trombone. its just not my passion. aku lebih minat gitar. thats all.
mcm mana aku boleh tersesat dalam taekwondo pulak ek?
bhahahaha. tu start off dengan koko aku laa. masa tu dah takde choice, lagipun dalam kelas aku sorang je yg join koko taekwondo. mungkin masa tu aku dipertemukan dengan sorang budak yg gile masuk air macam aku gak, dia yg tarik aku join utem taekwondo club. ambik kau jah. sampai skarang aku aktif dengan kelab ni.
sebab kelab ni jugak laa, sekarang aku ada ramai kawan2, ramai kenalan, dapat chance pergi luar melaka free, pergi tournament, menang medal, bla2. banyak laa.

so ni laa notes of appreciation aku nak tulis. terima kasih banyak2 kepada semua yang telah support aku. :)
sayang kau orang lah. muah!

johnny inggeris the sequel


ok. johnny english reborn.
best gila aku cakap, nak kata gila sangat tu tak lah, tapi sangat best.

so aku nak summarykan cerita ni, ia berkisarkan tentang this ex-agent called johnny english, dia kena hantar balik ke london untuk join balik team MI-7, selepas few years pegi china training. adalah mission dia, nak patahkan 1 team world assasin called Vortex yg ada plan untuk bunuh pemimpin, next akan mengakibatkan global chaos. at the same time, ada mole jugak dari team MI-7 tu sendiri yang ada konspirasi dengan Vortex tu. so tu lah yg johnny english dan PA dia, Tucker(kalo tak salah aku lah nama dia) kena investigate. macam2 lahhh yg berlaku, aku nak cerita pun takleh nak cerita detail sangat sebab nanti aku gelak besar punya. haihh duduk taip ni pun cukup laa aku teringat2 scenes bangang dlm movie tu. sumpah lawak!

and kalau cakap movie ni serve lawak bodoh, kau yg bodoh aku nak cakap dulu. make sense ok semua movements dia, secara langsung ataupun tak langsung, tapi sure kau orang akan gelak punya bila tengok. padahal muka rowan atkinson tu selenge je macam takde pape berlaku. ok cukup laa aku tengok gambar batu ni, aku dah gelak guling2 dah. tengok trailer jer tak cukup bhai, kau tak paham story punya. baik g tengok. takyah laa tunggu harga tiket jatuh baru nak g tengok(tapi kalau nak buat gak kau punya pasal la, duit kau kan) tapi aku suggest g tengok cepat2 laa.
even aku ni bukan seorang yang selalu up-to-date mesti pegi tengok wayang, tapi sekali aku tengok ni, bagi aku dah cukup berbaloi dah. sampaikan keluar2 panggung pun aku still gelak2 tak sudah2, tak perasan pulak ada classmate aku datang dari arah bertentangan siap zoom lens SLR dekat2 muka aku pun aku hampir tak perasan. jangan aku mimpi movie ni lagi dah la. :p

ok la, done cerita movie ni. aku happy sangat harini. takyah ada bf pun boleh happy lah der! bangga ni aku cakap. tapi orang2 yg tengah in relationship terbaca statement aku ni, takyah laa nak terasa hati. ini just opinion aku. masing2 ada cara sendiri kan. huhu

so that's it. cerita ini best, a must-watch. tu je aku nak komen. kbai


Tuesday, September 13, 2011

super tortureous semester

nak kata terlebih torture laa
mana ada dalam vocab perkataan tortureous
bunyi nak gempak je
wahahahha
wah tension gila aku jadi budak tahun 4 ni
kelas dah start, subject pun killer2
even ada subject hadir lulus, 3 jam kredit lagi, tapi memang tak boleh take for granted sgt
projek aku bertajuk analogue active noise and vibration control system, memang mintak aku untuk study balik subject analogue circuit aku tu.
bhahahaha susah doh! dpt lecturer pulak yang jenis terus terang aku cakap, bila kawan2 aku tanya and aku sebut nama dia, semua mata akan terbeliak. boleh imagine?
tapi tu je yang ada. lagipun aku ni bukan jenis memilih sgt, asal ada. lagipun en fauzi aku ni ok whut? cuma spekulasi dan pemikiran tipikal masing2 sebab ada pelajar pernah fail psm 1 dengan dia mungkin. herm
dan cabaran besar untuk aku tempuhi. berbanding semester2 lepas. huaaa
hahaha. oke lah. pray for my best. amin

Saturday, September 10, 2011

thoughts at midnight

aku kalau dah dapat internet 24/7 mcm ni, memang mata aku rabak laa melayan internet. even bukan cari apa2 maklumat pasal lecturer utk FYP aku, pasal apa2 yg berkaitan dengan telecommunication, data comm or whatsoever, tapi ntah laa. sejukkkkk je mata aku bila bukak fb, tumblr, formspring, blogger, bla2. wah macam banyak sgt webpage aku ni. cukup2 dah. sampai masa nanti aku remove satu2 account aku tu. buka account lain. biar takda orang stalk aku dah. heh.
ok so, sebenarnya lagi malam aku berjaga, lagi banyak persoalan yang bermain di minda aku. and biasanya pada waktu2 macam ni lah, persoalan yang datang dalam otak aku ni tidak lagi berkaitan projek FYP; ia dah mula berkaitan dengan perangai manusia2 sekeliling aku yang tak pernah puas hati dengan aku. yelah, siapa je manusia dalam dunia ni yang sempurna, yang boleh jadi mind reader so that boleh puaskan hati semua orang, cuba cakap dekat aku? memang tak akan ada! so the worst part is, memang susah laa bila kita tak boleh nak sentiasa expect siapa yang ada tak suka kita dalam diam, kot2 dalam hati menyampah nak mati dengan kita, or cemburu, atau tak puas hati? eh ada ke manusia yang tak puas hati nak datang depan muka kita semata2 nak ckp yang, eh aku ni tak puas hati dengan kau lah! ? ada ke? maybe ada, tapi SEGELINTIR je yang berani oke. yang ni aku memang tabik, sebab terus terang aku cakap, aku suka orang yang direct. sebab aku seorang yang tak suka dengan orang yang suka berkias2, nak suruh aku paham2 sendiri, sebab aku ni jenis lambat pikap. huhu. kemain panjang lagi aku tulis kan. sure pening baca ni. huhuhu.

so 1st aku nak ulas; jenis attention seeker. ok aku tak tahulah mana letaknya keistimewaan aku ni, adakah aku ni terlalu peramah, terlalu talkative dengan semua orang, terlalu open sampai budak2 pun berani nak ber'hoi2' dengan aku, as if aku ni kawan sebaya dia walaupun aku ni lebih dewasa berbanding dia? ok lah aku cerita direct lah. pasal seorang adik ni, ok laa at the 1st place aku terima bila adik ni ckp dia suka berkawan dengan aku so dia nak anggap aku ni mcm kakak dia. masa tu, aku in the middle of final exam season. so kau paham2 lah kan, final budak U dengan exam budak SPM mana sama. fokus dia lain macam. nak kejar pointer lagi, aku nak kerja telekom syal aku taknak jadi kuli so aku nak study die hard. tapi nasib baik aku takde BF, so fokus utk aku belajar tu lebih tinggi lah. pastu budak kecik ni mula2 kacau aku, mana dia dapat no hp aku taktau, call as if nak putus nyawa, rupanya ajak gayut. then aku tak layan lah, aku set reject call kat semua number yg masuk*niat asal nak reject number dia sorang je tapi setting hp sony aku ni cam cikai sket, so kena reject all call semata2 xnak setan kecil ini kacau mood study aku*. mula2 aku fikir dia bosan dia takkan kacau aku, tapi makin menjadi2 pulak setan ni. kadang2 lepas 4 5 jam perah otak aku on hp kejap sebab nak contact member2 aku, terus beratus jugaklah misscall dari number yang sama. masa tu aku dah panas lah, aik takkan sebab setan ni sorang, aku nak kena off hp sepanjang masa, abis mcm mana aku nak dpt update pasal hints dari kawan2 aku, nak discuss, bla2? annoying syal! oklah masa tu memang aku sound laa setan kecik ni, korang baca kat link ni memang full story dia. aku ingatkan dia serik, rupanya tak. huk2. sedih syal aku. kenapa aku kan. aku hari2 menyumpah apsal setan ni xnak mampus. nak tuka no hp malas pulak. susah doh idup aku. syal ar! the worst part is, sampai skarang dia masih menghantui aku. so now aku tak tahu what is the best i can do, aku hanya mampu ignore je. even menyakitkan hati aku gak sometimes. hari2 makan sumpah laknat dengan aku je lah budak tu. siapa suruh cari pasal kan.

next, aku nak cerita pasal orang yang tak puas hati dengan aku. herm, in sense that bila aku dapat lebih. tah la. aku rasa semua orang pun pernah alami benda yang sama kan. humm, aku tak nak confess, tapi terpaksa cakap la*sorry* YELAH MENTANG2 MUKA AKU CUN, JELITA, ANGGUN, MACAM AMOI GITU, SEMUA ORANG MESTI ADORE AKU PUNYA LAHHHH. MANA2 AKU PERGI ORANG SURE TENGOK AKU DULU, PAPEHAL MESTI AKU DAPAT ATTENTION DULU, EVEN AKU TAK PERNAH MINTA. DAH LAA PUTIH, LETAK KERTAS SEBELAH MUKA AKU PUN BOLEH KALAH LAA KERTAS TU. MEMANG LAA ORANG SUKA YANG PUTIH2 NI KAN.YANG COUPLE2 PULAK SURE RASA INSECURE PUNYA DENGAN AKU, SEBAB TAKUT BALAK2 DORANG CAIR TENGOK AKU, PADAHAL AKU TAK TERHINGIN NAK ADA BALAK PUN.THE BEST PART KAN, BILA GAME JE MESTI AKU JADI KURUS KAN, SEBAB TERLEBIH TRAINING, KENA TUKAR KATEGORI. SO AKU TENGOK SEMUA ORANG JELESSSSSSSSSS TENGOK AKU SEBAB TERLEBIH2 MACAM NI!! hamekkkkkkkkkk seribu kali hamekkkkk aku dah tak tahan lagi dahh semua orang tak puas hati dengan aku sebab aku selalu dapat best. ape boleh buat, aku bukan suka sgt bragging pun, kali ni je aku dah takleh nak tahan ape boleh buat kan, aku CUMA bersyukur dengan apa yang aku ada. bila orang cakap untung ler, aku cakap tak la aku tak minta semua ni, adakalanya aku hanya berikhtiar je. lagi satu, aku percaya yang rezeki Tuhan bagi tu sama rata, cuma dalam berbagai2 cara. lagi satu, bab2 makwe2 yang tak berapa nak secure bila balak2 diorang ternampak aku ke, terpandang aku ke, ter-ape je lah dengan aku, kadang2 aku tak sangka jugak mcm ni skali orang bagi perhatian dekat aku. belum lagi famous mcm fasha sandha, kalau tak ape dah orang nak fantasi pasal aku ni. nanti yang dapat dosa aku jugak, bukan diorang je. tapi at some other part aku bersyukur jugak sebab Tuhan kurniakan aku dengan satu kelebihan ni, tapi tak ada yang sempurna. aku bukan goddes pun, pada aku aku hanyalah seorang budak pompuan yang naif, lambat pikap, tak tahu apa2, cantik pun tak, biasa2 je. tapi aku bersyukur apa2 je yang Tuhan bagi kat aku. oke? ni baru bab keCUN-MELECUNAN, belum bab lain. hish. terlalu kompleks aku nak cerita. ni baru sikit.
tak tahulah. mungkin aku ni terlalu berlembut sgt. lama2 makin menjadi2, aku dah naik darah, aku hilang dah sifat lembut aku tu, aku jadi takde perasaan, aku sound je. nak marah ke, nak touching ke, boleh mampus la. huhu

tapi ampunkanlah ayat2 bold and senget aku tadi tu. aku bukan maksudkan pun. sebenarnya tu antara cara aku nak sampaikan mesej aku secara SARKASTIK. yes. aku sangat suka menjadi manusia sarkastik sejak kebelakangan ni. sebab agak makan dalam. hahaha. aku kan takde perasaan. k lah. anggaplah ni hanya satu joke k. chow




Thursday, September 8, 2011

alkisahnya penyakit itu

ok lah aku nak story.
haritu tanggal 5 haribulan 9 tahun 2011, aku telah melantak sambal taun homemade punya. tu babysitter aku mase kecik2 aku dulu buatkan utk aku. special laa..dia tahu tu feveret aku. bhahaha. punye laa hantu pedas aku ni kan, org lain pun xlalu nak makan setengah sudu, tapi aku pun xterkira brape sudu aku dah cedok and ratah. ngeee. gile hape ratah sambal warna hijau tu.
babysitter yg aku selalu panggil mak wok tu pun dah pesan banyak kali dekat aku, meen jgn makan banyak sgt nanti sakit perut, hish riso mak tgk. tapi aku konfiden je jawab xpe mak jgn risau memen kan hantu pedas, xde pape lah. hehehe. bajet r leh tahan makan pedas. ye laaa selama ni pun aku memang steady makan sambal even pagi2 sebelum start kelas, semua org memang tercengang punya lahh kalau tgk pinggan nasik lemak aku tu sambal kompem penuh mcm kuah gulai xpun kicap penuhnya atas pinggan aku tu. bhahahaha
ok pastukan, tanggal 6 haribulan 9 tahun 2011 esoknye pulak, aku sambung ratah lagi sambal tu. eee degil betul aku ni kan! tak serik2 lagi ni. lepastu, aku dah start rasa memulas2 laa. mula2 aku pikir alaaa sikit je tu. biase laa dah lama xmakan sambal. bla2. malam tu pulak, aku dah start rasa loya2 tekak. and muntah. skali muntah xmacam banyak pulak kan yg keluar. rase mcm perempuan pregnant pun ada. hahaha. mepek aku neh! tapi boleh tahan laa banyak kali gak laa aku muntah, sampai satu level tu aku rasa mcm nak pitam. and mak aku dah recognize keadaan aku ni dah teruk semacam, dia laa yg papah aku bawak g hospital teluk intan. nasib baik dekat je ngan rumah aku.
sampai wad kecemasan tu, terus duduk atas wilca aku. hahaa. first time doe naik wilca! rasa mcm tak berupaya sgt dah masa tu. bhahahaha. nak gelak pun ada. the best part, aku yg baru masuk time tu, nama aku yg kena panggil dulu. wah2 rasa mcm beruntung sgt laa jadi anak goverment servant(mak aku cikgu), dpt service free, masuk2 terus kena panggil pulak tu. pastu check blood pressure, memang rendah sgt2 dah masa tu. terus tolak wilca aku g wad separa kritikal. sampai2 wad separa kritikal tu pulak, bleh plak kan dokter tu tanye aku dah kawin ke, pregnant ke. wah2 mentang aku tengah pegang perut kan masa tu, pakai plak tudung ekin memang muka aku saling tak tumpah mcm muka pompuan dah kawin! siot je. huhu. pastu kena masuk air pulak, haa part tu yg paling azab laa aku rasa. ye laa mula2 dokter tu dah hunus jarum besar punya, aku boleh pulak kan merayu dokter pls guna jarum kecik sket boleh x? dokter tu pulak senyum je, hahaha muka aku dah cuak gila dah masa tu. time kena cucuk tu laa saat paling tak best dah bagi aku, sebab aku memang manusia yg takut jarum. huhu. perangai dah brutal, jarum takut. hekelleh.
ok lepas kena cucuk, and kena wiring pulak dengan salur tu utk sambungkan air utk dimasukkan dlm badan aku, aku pun baring laa dengan harapan dpt lena supaya bangun2 je dokter tu ckp aku dah bleh balik. tapi keadaan kat hospital tu, dengan bau hospital tu jugak, susah laa aku nak lena. rasa sejam tu mcm setahun je aku kena spend kat tempat tu. andddd, pada masa aku terbaring mcm org sakit(dah baring kat hospital memang org sakit laa namenye), aku dah terbayang bukan2. kot2 la kalo aku betul2 mengandung anak jin ke, hisssshhh astaghfirullah, takpun nanti lepas aku sakit ni hilang dah nikmat aku nak terus jadi manusia normal mcm sebelum ni, xpun aku ditakdirkan tak waras mcm dulu, masa tu aku rasa mcm nak nangis je sebab nikmat sihat aku ni ditarik even sekejab. waaaa. taching. belum lagi bila dokter tu datang balik nak masukkan ubat dlm salur air akuu tu, masa tu mcm2 rasa laa datang kat lengan aku. aku pulak hanya mampu buat muka ketat je sebab tahan sakit, rasa mcm lenguh pun ada, kebas pun ye. tapi ape yg sure, memang sakit gila lah!!! ni yg buat aku makin tension duduk kat hospital ni. eeesh!
lepas sejam kena tahan kat wad separa kritikal tu, baru aku disuruh duduk atas wilca utk ditolak ke wad kurang kritikal pulak. masa tu aku dah mcm phewwww lega gila, ingatkan lama lagi aku nak kena duduk kat wad tadi. kat sini rasa aman sket, at least boleh tidur gak laaa. tapi still azab laa, sebab dokter tu replace botol air baru, so aku nak kena tahan berapa jam lagi ler nak bagi air dlm botol baru tu habis masuk dlm badan aku baru aku boleh balik. so aku tutup mata lagi ler mcm tadi dengan harapan dpt lupakan sakit tu. and mcm td laa, dokter tu dtg lagi nak masukkan ubat dlm salur air aku tu. pfftt. sakit.
then lepas 3 jam ditahan dlm wad2 tadi, barulah aku dibenarkan keluar sambil dibekalkan dengan ubat2 sket. ok dokter sahkan aku kena cirit birit sebab sambal homemade tu dipercayai telah contaminated. wahahahahahahahahahha. masa tu aku rasa freedom gila laahhh dpt keluar dari azab tadi! alhamdulillah, rasa mcm nak sujud syukur pun ada tapi karang org pikir ape mereng budak pompuan ni, mcm tak boleh sujud syukur kat rumah. ish2. xpe lah janji lepas dah azab aku.
even aku hanya 3 jam je kena tahan kat wad, tapi sumpahhhhhhhhhhhhh aku memang dah tak tahan. cuba nak bandingkan dengan org lain yg kena tahan lagi lama kat hospital, ada yg berbulan2 tu, gila lah. tapi aku bersyukur laaa lepas tu aku demam sket2, harini aku dah sihat walafiat dah. sumpah aku dah fobia sikit nak makan. bukan apa, takut termuntah2 lagi mcm haritu. sakit wehh, the best part, berat aku turun. cecah 57 kg tu, hehehehe. ingat senang nak turun kilo free2 mcm tu? :p
so begitulah alkisahnya. moral of the story: jgn degil buat tak dengar ckp org tua. lagi satu, jaga makan. dah nak bukak sem baru dah pun. huhuhu

Monday, September 5, 2011

raya riot

ok lah so far, alhamdulillah. things went well jugak lah.
kalo nak aku story satu2 dari malam raya sampai hari last aku kerja tu tak dapat laa bhai. ponek den. hak2. ok laa aku baru nak confess. tak ramai membe2 aku tau cerita yg aku kerja time raya festive ni. semua org dah tahu ye sekarang? good. siot je aku ni. huk2
malas pulak nak cita. tapi nak dipendekkan story, aku tak raya pun raya 2nd and third tu.
alkisahnye, madam tempat kerja aku tu panggil aku mintak aku OT. sebab ramai buat no show taknak datang kerja. jimbet betul. nak aje aku simbah asid kat demer2 ni.
ye laaa, pasal demer2 ni laa aku taksempat beraye tau x!! ater dok je laa tayang muke kat tingkap drive thru tu. ekhehem. bleh tangkap kat tempat kerja aku ni? :p
tapi steady lagi laa, nasib baik madam tu sempoi, paham ler tgh2 musim perayaan ni dia kasi can laa pakai baju raya masuk kerja, even kena goreng fries dengan pakai seliparnye, angkat air 9 liter lagi, gilo pe aku ni. hish
tapi so far ok laa. aku enjoy whatt kerja time2 raya ni. tapi riot sket laa kepala otak aku ni. ye laa sedara mara dah balik umah aku baru sampai rumah dengan badan bau friesnye. huk2
so itu ler alkisahnya. the best part is, kerja2 pun still dapat angpow. alasannye AKU BELAJAR LAGI. yeah2. best gila!!!
ok laa nanti aku sambung story. chow