Sunday, October 16, 2011

otak singkat

nama je student final year,
tapi bodoh!
yelah kau mungkin lagi pandai belajar dari aku, cgpa aku 2.5+ je
tapiiiii
umur, wajah yang hensem/cantik dan naluri batin tak menggambarkan kematangan dowh
it's experience.
pernah dengar tak quotes "experience is the best teacher"?
hahaha

aku sedar, banyak langkah yang silap aku dah ambil sepanjang waktu semasa zaman gelap dulu
taklah gelap mana
cuma, waktu tu aku suka ambil keputusan guna otak yang singkat.
dengan otak yang singkat juga, aku pernah jatuhkan pointer sendiri, malukan diri sendiri, hilang kawan, tinggi suara dengan ibu, mencarut tak kira masa, tak respek orang lebih tua, bla2
semakin lama aku harungi dunia ini, semakin aku fikir:
"apa aku dapat dengan segala benda negatif ni semua?"
"apa, puas hati"? hati kau sakit jugak.
"seronok"? seronok atas kemarahan orang lain?
"sedih"? ye, itu yang patutnya aku dapat.
padan muka kan. siapa suruh cari pasal.

masa tu, baru tahu nak ingat Tuhan.
masa susah, kau cari Tuhan. masa senang, kau cari manusia.
memang tak berkat manalah life kau.
astaghfirullahalazim

berkat doa dan kesungguhan juga, aku improvise hidup aku.
dari jalan yang bengkang bengkok, aku track laluan yang lurus
sebagai kompas, aku gunakan pendapat dan pandangan motivasi dari orang yang tersayang
siapa lagi yang paling aku sayang kalau bukan MAMA aku
segalanya2 datang dari Allah; Dia yang maha pemurah

masuk tahun 3, sekarang tahun 4
Allah perkenankan doa yang kupanjatkan sepanjang aku kehilangan segalanya serentak
ALHAMDULILLAH

kawan datang dan pergi
ramai kawan aku jumpa, ramai jugak kawan yang hilang
ya, aku baru je hilang kawan yang aku kenal, baik pulak tu
masuk tahun depan, insyaallah mencecah 5 tahun umur persahabatan kami
tapi dah Allah tuliskan; manusia hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan
subhanallah!
maha besar kuasamu Ya Allah!
tapi aku tahu, aku berada di pihak yang benar
berkat ilmu "teacher" aku bagi sebelum2 ni, aku berjaya counter attack budak tu
wah! pencapaian
untung lah ada mak bekas guru kaunseling, dia ajarkan ilmu psychology kat aku :p
aku bukan lagi kaki ratap macam dulu
aku tahu, Allah sengaja temukan aku dengan orang2 yang salah
supaya aku lebih berhati2 lepas ini

kesimpulannya, pengalaman memanjangkan otak kita
kawan aku tadi tu? otak singkat!
bukan nak sombong, tapi aku percaya, dia akan menyesal kehilangan aku.
pasti! sebab 9 kebaikan sahabatnya telah terpadam oleh 1 isu bodoh maka terkeluarlah keputusan untuk memutuskan persahabatan ini, menggunakan otak singkatnya.
wuhuhuhu.
pasal tu title post aku otak singkat.

huhuhuhu.
tido jom
assalamualaikum


No comments:

Post a Comment