Saturday, November 26, 2011

twentytwo


hahah. so far, semalam(25/11/11) has been the bestest day in my entire life.
well yeah, because selama ni tarikh ni jatuh pada waktu cuti sem, cuti sekolah, so i never get to celebrate my big day with friends. biasa celebrate bersama family, ada mama and baby, yasier pun sometimes balik, kalau takde tu takdelah. huk2
now, since tukar sistem, maka jadinye birthday aku jatuh on sem belajar, so aku dapat laaa celebrate dengan kawan2.

sweet dedication from jojo, thanks for accepting me as a friend of yours, too many flaws in me that i cannot manage to be a real, good friend. but then, thanks! friends forever =)
next aku appreciate sangat the moment my classmates sing along the "happy birthday to you" song to me, i feel like flying already *wink2*
and so, too many sweet things happen in a single day.
tak lupa, hadiah2 dan kek special dari orang2 yang special juga. =)
dan unstoppable wishes, thank you for those wishes and prayers.
it's just that this time, i didn't get the chance to celebrate my birthday with my mom.
but then, tiba2 mama inbox, cakap dia bank in few amount of money for me to get something for my birthday as present
and so i bought myself few bundle dresses, ok laaa aku tak pandai pilih baju cantik2 and mahal2. honestly

hehehehehehehehehe
the best part, was the suprise made by janna and ned
tadi diorang ajak jalan2, g makan kat windmill
masa tu tengah ketawa punya ketawa kan, tiba2 lagu bertukar jadi lagu birthday
aku kan blur ya amat, aku tak bajet laa lagu tu ditujukan kat aku sebenarnya
*ok aku bleh sangka baik kan fikir "ada orang sambut birthday ni, kebetulan"
sekaliiiiiiiiiiiii ada waiter datang hantar kek kat sebelah aku, ada lilin lagi
wahhh ini memang special betul!
and like, seriously, 1st time aku dapat hadiah sebegini special
the most precious present i ever had in my entire life
me and my birthday cake

sebelum ni, pernah laa kene berdiri sambil nyanyi masa mama celebrate birthday aku kat TGI Friday on my 18th birthday
cuma kali ni lebih special, sebab aku bersama kawan2 baik aku
at that time, tau ape aku fikir? aku fikir:
takde boyfriend pun takpelahh, ada kawan2 best macam ni dah cukup happy dah aku
hahahaha
thanks guys!

thank You Allah i've been given the chance to stay alive, to live my life as well to devote myself to You until this age.
and also, thank You for granted me with beautiful, kind, nice bestfriends to fill my life with colours.


Sunday, November 20, 2011

my piece of thoughts #2

herm, okay
hari ni aku nak bercakap tentang, soal, persefahaman dalam perhubungan
ececececey
aku belum ada sesiapa lagi okey =.=
it's just that, looking back it the previous years
di zaman, dimana aku masih lagi hanyut dalam kesenangan duniawi,
yes, kesenangan duniawi, seronoknya bercinta, bercanda, sampai terlupa segala2nya
kerana cinta, aku jadi lupa pada hukum hakam agama
kerana cinta juga, aku sanggup abaikan peribadi keluarga aku kerana kekasih
kerana cinta, aku tolak tepi pelajaran aku
kerana cinta, aku sanggup berhabis, beli tiket bas semata2 nak pergi jumpa boyfriend hujung2 minggu
ye laa couple jauh kan, orang lain leh dating selalu, aku date hujung minggu, hujung bulan

betullah kata2 orang tua2 kan, belajar bagi habis dulu, cinta boleh datang kemudian
yes, betul sangat!
dulu2 tu zaman aku nak try and error mungkin?
LoL
nasib badan laa, dapat boyfriend kuat cemburu, kuat mengongkong,
the worst part, suka meminta2
okay, the 1st part yang aku tak kenan pasal lelaki yang suka meminta2 ni, aku fikirkan lepas kawin nanti, believe it or not dia akan tanggung keluarga?
ye laa masa couple lagi dah pandai tuntut itu ini, duit jangan cakap laa, belum part lain yang tak sepatutnya, dia dah tuntut
kalau dah kawin nanti, mau taknye segala2nya kita yang tanggung nanti?
nothing is impossible
lagi satu, part yang suka mengongkong ni, apedehal?
takde life dohhh!
lagi satu, ni mak aku laa cakap
lelaki yang selalu tak bagi awek diorang buat itu ini, sebab diorang sendiri yang buat apa yang diorang tak bagi awek diorang buat
get it?
aku cakap ni based on pengalaman

second part, bila bercinta, gaduh is a must
tak kira lah over apa pun, tapi gaduh on unnecessary issue?
bodoh piang hang ni la oi!
sumpah, lepas gaduh, memang kacau segala mood nak study, buat kerja, assignment
the worst part, kawan2 tak berani nak ajak keluar lepak, and aku end up friendless
huhu
tu laa masa bergerek, member2 dilupakan
nanti bila tengah lonely, siapa lagi nak cheerkan kita kalau bukan MEMBER jugak kan?
ni dah sorang2, member pun tak berani nak dekat, ape cer?
duhhhh

banyak lagi sebenarnya, kalau aku nak sebut satu2, jadi novel terus entry aku ni
tapi bagi aku la, tak salah nak bercinta, IF, ada kematangan dalam berfikir, membuat keputusan, judge tindakan pasangan kita, at the same time, tak kacau priority kita yang lain
well, as we have known kan, life kita bukan kena devote pada pasangan je,
kita ada LIFE, FAMILY, STUDIES, or CAREER, and not to be forgotten, TUHAN

hahahaha
and, honestly ramai jugak tanye, kenapa kau takde boyfriend lagi, tak best ke asik single je, takde orang teman, patutnye umur2 macam kau dah ada pasangan, bla3
ehh nyibuk laa orang2 yang tanye soalan2 ni kat aku! lantak aku laaa!
ok sebab aku taknak couple, sebab sebab2 di atas ni laa.
aku ada priority lain yang lebih penting. tu je.
plus, kalau sampai masa aku nak cari pasangan aku nanti pun, aku akan pastikan dia jadi suami aku.
and, jangan ingat nampak aku diam, macam tengah takde pape, sebenarnya aku sedang menilai semua orang yang ada dalam life aku ni. jeng3. hehe. paham tak ayat aku
lagipun, dalam life aku ni, banyak lagi yang aku perlu belajar dan perbaiki. aku tak perlukan segala kongkongan macam ni. so that's why aku pilih untuk tidak bercouple.
hehe. tu je la.
last2 entry aku jadi tips menjaga hubungan laa pulak. well2. dah besar kan. pandai2 fikir laa.
and sorry for my offensive words. aku tak refer kepada sesiapa. kalau tersentap tu, minta maaf jugak laa. ini reality oke.
happy reading

Saturday, November 19, 2011

my piece of thoughts

seems like dah lama aku tak express my piece of mind here.
just that, i have nothing to say
but this:

aku boleh tau, if ever ada pergerakan yang tak menyenangi aku, and i want you to know that, how much i hate this kinda gut. bukan apa. aku lebih prefer bersikap neutral, aku takde nak bias dengan mana2 pihak, and semua orang pun aku anggap kawan. and if ever kau tak suka aku pun, aku tak salahkan kau pun. aku tak boleh jadi manusia yang paling perfect, and sometimes i do have my bad temper, and at times aku terlepas cakap, which tak semua orang boleh terima, and memang ramai sentap honestly saying. so, i can't help much on this but to say sorry, that i can't be the most perfect person in the world, i do have to have some space to sit quietly and lihat balik masalah aku, and figure out how to reduce and solve it. to all yang support aku dari belakang, thanks a lot. to my haters, thanks a lot too. you make me realize that not all people will love you, and the most, probably you just can't be the way I am, the way I conduct my life in this challenging world. haha. i'm not bragging here ok! peace

tu je. to whom it may concern, thanks for reading this.

Tuesday, November 8, 2011

oh, snap

i guess semua belajar pasal karma kan?
apa kita beri, buat, kita akan dapat balik.
ughh ayat tunggang langgang sikit. sorry for that.

well2. been busy with amplifiers. characteristics dia. slew rate, PSRR, blarghhh.
makin lama makin tak faham aku dengan dunia ni.
bodoh. tau tak?

first, isu ambiga dengan seksualiti merdeka dia tu.
memang aku tak pernah ambik port pasal isu semasa ni, tapi as seorang yang boleh fikir logik, boleh pulak dia menang kan?
1st, nak isukan isu ridiculous macam ni dalam negara islam.
2nd, 1 against ramai?
duhh. lantak kau lah ambiga oi.

next, bila bertemu semula dengan family.
ohh, nicee. happy sangat2.
tak payah kawin pun takpe kalau dapat bersama family macam ni.
tapi, masing2 ada life, pasangan hidup, =.=
aku pulak? hahahahaha.

later, bila kena deal dengan orang yang hatinya penuh dengan benci, hasad, kemarahan.
mula2 memang lah aku boleh layankan, orang2 macam ni maybe perlukan tempat untuk berbicara mungkin?
tapi bila berulang2, siapa tahan kan? aku bukan TUHAN.
the worst, salah orang lain kau nampak, salah sendiri kau, ada kau fikir?
nak kata bodoh karang, marah. pandai sangat, memang tak lah kan?
huhu.
sorry la. aku just tak suka attitude macam ni.
aku tak suka marah2. cuma, bila aku terkeluar statement sentap tu, kena terima lah.
kalau tak buat, tak terasa kan? kalau taknak sentap, pegi duduk hutanlah.
kan, dah kena sebijik dengan aku.

belum lagi, dengan manusia2 yang terlebih competetive ni?
semua, nak lebih dari aku?
eh hello, apa aku kesah pasal kau? nak sangat, ambik lah oi!
1 je aku nak ingatkan, lagi kau cakap banyak, lagi kau tak dapat apa2. trust me.
sebab aku dah lama hidup macam ni,
aku tak banyak cakap, apa rezeki aku dapat, aku anggap tu semua kurniaan Allah,
masing2 ada rezeki sendiri, dikurniakan dalam bentuk yang berbagai2.
so no point kan, kalau nak compare and contrast? just terima as variety, tak boleh?
nak jugak tu lebih dari aku?
apehal lah, takde life sungguh. sibuk2 je nak banding2kan apa yang kau dapat dengan apa yang aku dapat?
huhu

huhu. dah la.
pandai - pandailah hidup. dah besar kan?



Tuesday, November 1, 2011

smooth flow

alhamdulillah syukur sangat!
hehe..my life flow this week nampak macam smooth je
maybe sebab, banyakkan berserah dan tawakkal kepada Allah?
ALHAMDULILLAH! again
sebab, since last week, my life schedule had turned upside down, aku pun dah jadi nocturnal, even sometimes siang malam aku tak tidur pun
at the same time i drived, dalam keadaan mamai2 dan mengantuk
hell dangerous.
tapi so far, alhamdulillah takde benda buruk jadi dekat aku lagi

this week 7, is the most hell week and i have to pass through it
mula2, weekend lepas ada taekwondo championship dekat dewan besar UTeM, aku pun kena turun padang tolong2 sama
lepas tu, satu2 hal mendatang; test, assignment, PSM tak jalan2 lagi
masa tu aku dah macam terhimpit sangat2
nak study pun kena curi masa, kau bayangkanlah
orang lain spend the whole weekend study, aku hanya dapat purata study time aku kira2 4 jam je untuk weekend tu, subject pulak susah nak mati dowh
so what i did was, hanya mampu berdoa YA ALLAH MUDAHKANLAH URUSANKU. AMIN
habis event ahad tu, aku kena struggle pulak untuk test hari isnin besoknya tu pulak.
penatnya Tuhan saja yang tahu tau!
and for the first time juga aku terpaksa give up ajakan budak2 ni untuk melepak. sorry guys! my time was limited
lepastu dapat update baru, ada kelas ganti on that day, pagi pulak tu
grrr saje taknak kasi aku tidur cukup. rabak lagi aku
lepas tu aku dah habis pasrah dah agaknye, aku hanya mampu let things flow camtu je.
ape nak jadi, jadi ler. tak kuasa dah aku nak tolak. huhuhu

lepastu, mungkin berkat tawakkal aku(mungkin), sikit2 beban aku terasa macam diringankan. ntah laa. taktau aku nak cakap macam mana.
rasa macam, everything yang aku buat, semuanya berjalan dengan lancar.
alhamdulillah laa, mungkin ni rezeki aku.
takdapat rezeki cukup tidur, dapat rezeki dimudahkan segala urusan, cukup dah.
alhamdulillah! lega rasa
since that, aku nak belajar pun senang masuk, kalau tak selama ni rasa macam gelap je, ape pun tak paham
balik dari kampus lambat tiap hari, walaupun kelas habis awal
at the same time deal dengan driver2 bodoh dekat melaka ni, so far aku belum accident lagi
herm, lebih kurang macam ni la aku nak gambarkan.

alhamdulillah la, kat sini aku nak share, apa2 pun plan yang kita buat, banyakkan berserah kepada Allah. ingat Allah. that is the most important thing.
sebabkan kadang2 kalau perasan, kita expect sangat2 plan kita tu menjadi, skali tak menjadi, dah frust gila.
so jangan expect much, jangan lupa doa minta dimudahkan urusan, amin

aku bukan alim mana. and aku tak kata aku baik pun.
cuma mungkin, di sini rezeki aku. walaupun aku takde rezeki bahagian lain.
hehehe. ok lah. #justsharing