Monday, August 15, 2011

pada saat kurang ajar itu dibolehkan

Huhuhu. Ni bukan nak menghasut ke apa. Ni apa yg aku pikir laa, maybe perspektif aku terhadap life ni lain daripada org lain. Tapi make sense kot dengan tajuk aku ni. Huhu.

Ok. Secara jujurnya, aku ni pada asalnya sebelum pakai tudung lagi memang seorang yg fully equiped dengan sifat KURANG AJAR and suke ckp lepas. Well, takde laa teruk sgt sampai g blasah cikgu ke salahgunakan taekwondo aku ke cari pasal dengan org lain ke ape ke. Wahahah. Banyaknye metafora aku ni. Cuma kadang2 aku gunakan kekurang ajaran aku ni untuk defend diri aku daripada kene pijak oleh pihak2 yg hanya tahu nak ambil kesempatan atas diri aku ni. Ok lupe nak mention, dalam pada kurang2 ajar aku ni, kelemahan aku ialah: aku xpandai nak sound depan2 apa yg aku xpuas hati or apa yg aku rasa xbetul, lagi 1 bila ada org saje2 nak condemn and hentam aku aku memang honestly xpandai nak balas balik dengan cara debat. Teruk kan aku ni, aku ni kalo menaip kat blog ke buat status ke boleh tahan pedas laaa tapi aku xleh nak express terus daripada mulut aku ni. Huh. Boleh laaa selama aku idup ni, memang dah banyak kali aku kene pijak dengan manusia2 tak bertanggungjawab ni. Teruk weh! Kadang2 bila aku duduk diam, aku pikir pasal diri aku ni, “kenapa laa aku ni terlalu takut sgt nak jadi outspoken untuk benda yg betul dan pada masa yg sama, tak nak biarkan diri aku terus2 kene pijak mcm sebelumnya?”. Mungkin gak laa sebab aku ni terlalu penuh dengan budi bahasa, terlalu nak menjaga hati org sgt padahal org2 kat luar sana xde pun ada hati nak jaga hati aku and last2 aku kene pijak mcm tu je? MCM TU JE? Sakit hati gak laa kadang2.

Sebenarnya aku sebelum ni kurang ajar in sense that bila aku xpandai nak express, aku rebel. Haha. Ape punye pemberontak laa aku ni. Tapi memang aku buat mcm tu, pernah laa 1 time sorang kawan yg aku kira, kawan baik gak laaa, bersifat seolah2 nak menggunakan aku bila perlu je. Bile xperlu, aku ditolak tepi je. *aku xtahu laaa org2 perempuan ni kalau berkawan memang mcm ni ke ape*. Memang aku terasa gila babi gak laa dengan kawan baik aku ni, xde laa kenal xsampai setahun pun dengan dia masa tu tapi aku memang terasa gila. And the worst part, dia ni jenis main hambek pakai barang2 aku pastu buat mcm harte die sendiri je, tapi cara dia treat aku sebagai “kawab baik” dia? Huh. Betul2 tak bleh blah! Last2, herm maybe masa tu aku yg terlalu emosional sampai xleh nak pikir cara yg lebih rational utk kenakan dia, aku g hambek barang aku yg dia buat harta tu pastu aku g sorok pastu aku g ckp kat dia yg barang tu dah ilang. Tolong cari sampai dapat. Wahaaha. Mcm budak2 gak aku. Masa tu aku 1st year laa, memang mcm budak2 pun. Aku rasa sapa2 yg tau cite masa tu sure enough ban aku laa. Tapi aku sedar diri gak laa, aku yg g cari pasal sapa suruh. Hahahaha. Tapi memang masa tu aku dah sumpah AKU XNAK JAGA HATI SAPA2 LAGI DAH. Start disitu la aku blajar cara2 nak idup tanpa perlu berkepit dengan mana2 bestie, sebab aku asik kene tolak tepi je dengan kawan baik, baik xyah ada kawan baik. Time perlu aku dicari, time xdiperlukan kau tolak tepi aku mcm tu je. Mcm tisu pulak. Huhuhu. Tapi balik pada topik asal, ni kira starting point la aku start jadi seorang yg agak kurang ajar dan lebih ckp lepas untuk stand and fight for my right. Wahahaha. Wow. Xleh blah gak terms aku ni.

Budaya melayu mengajar supaya ckp berlapik, jaga hati org lain, konon utk jaga hubungan antara manusia. Pasal tu laaa org2 melayu ni suke mengumpat. Huhuhu. Depan2 muka manis je mcm kurma, blakang kaw2 punya mencemuh sebab xpuas hati punye pasal. Nak ckp depan2 xbrani sebab takut terasa hati lah, takut hubungan menjadi keruh la, ape lah. Huhu. Tapi aku bukan condemn org melayu ni, ni just my point of view je. Dah banyak kali dah aku tgk, perhati, then aku analyze, ape guna jaga hati org lain last2 kita yg xpuas hati? Contoh mcm apa aku buat kat kawan aku tadi tu laa, kira kes makan hati laa ni. So why not aku break the rules je terus. Hehehe.

So now aku dah start laa jadi kurang ajar, sedikit demi sedikit, sampai 1 tahap tu memang ada dah beberapa org dah menyampah dengan aku and lama2 menjauhkan diri dari aku. Heh, aku bleh nampak k, aku boleh baca body language org. Hahaha. saje nak detailkan story, aku built sifat kurang ajar dan lebihkan ckp lepas ni dalam 2 tahun laa jugak, means masuk tahun 3 baru aku dah boleh fight, even still ada sikit laa perasaan menjaga hati org lain tu. Sebab pikir karma skali. Hahhaa. Yg tu jgn lupa ambil kira, kalau xnak benda buruk jadi kat kita, kita jgn laa start buat kat org. Heee. Aku belajar dari pengalaman and pemerhatian aku terhadap org2 lain kat luar sana. Ye lah, since aku selalu lepak sorang and being friendless in real life, aku selalu buang masa lepak kafe or masa tunggu bus dekat melaka central, and masa tu lah aku perhati satu2 perangai org. Aku tengok satu2 mcm mana org yg berani jadi outspoken utk stand for their right. Well, tak salah kalau aku ikut cara mereka kan, even takde lah 100 percent.

Key word untuk stand for our right: belajar2 laa say no. Say no ini perlu sgt2, k lah contoh ada membe nak pinjam kereta; kau sedia maklum lah kan kereta ni satu aset yg sangatlah susah nak dibagi pinjam kat org lain sebab kot2 jadi eksiden ke ape ke, masalah tu confirm berbalik ke batang idung kita. Dah membe2 mintak pinjam, kalau bagi kang jadi masalah susah gak, kalau xbagi kang kene cop kedekut laa kekwatt atau yg seangkatan dengannya. The same situation kalau ada org xkenal mintak fon number kau, well kalau bagi kang kene kacau tiap ari tak aman idup, kalau tak bagi kang ckp kerek lah jual mahal lah. Wahahaa. Ape lagi, agak2 mcm xpatut bagi, ckp je lah TAK BOLEH! Lantak laaa jgn pikirkan sgt perasaan diorang, pikirkan perasaan kita dulu. Nanti kalau dah dibagikan sgt, lepas ni diorang confirm akan mintak lagi punye, trust me. So time tu mule laaa nak tak puas sana sini, ditambah pulak dengan budaya menjaga hati sebab membe2 punye pasal, last2 memakan diri. So same sgt2 dengan situation aku dengan bekas kawan baik aku tadi tu. Betul. Aku belajar dari pengalaman ni, and aku xnak benda2 mcm ni berlaku lagi dah. In addition, ni lahh KURANG AJAR yg sebenarnya aku maksudkan dari awal2 tadi. Bukan nak suruh kurang ajar teruk2 sgt pun, Cuma kita praktikkan KURANG AJAR ni bila time kita dah say no in the right manner way, and bila manusia2 tu still buat2 xpaham, kita sound kasar sikit. Wahahaha. Lebeh kurang lah. Lantak lah pasni mereka nak terasa hati ke ape ke, janji life kita tenang. Peace.

Erm, aku tulis ni sebab ape lah, aku tak puas ati betul dengan ex aku ni. Dah elok2 tunang, g cari aku lagi buat apa. Aku dah sound dengan cara baik supaye jgn cari aku lagi, tapi dia buat2 xpaham lagi, aku sound kasar sikit laaa. Plus minus dia kena gak laa ayat pedas dengan aku. Haa lagi 1, bila diorang kena sound, pelemah yg biase digunakan ialah ayat2 yg akan buat kita serba salah balik. Mcm tadi ex aku balas ape tau dekat aku bila aku sound die tadi: TAK GUNA PAKAI TUDUNG KALAU PERANGAI STILL XBERUBAH. Well pakai tudung ni 1 kewajipan terhadap hukum ALLAH, aku buat kurang ajar pun sebab dia yg start off and keep on cari aku even dah berjuta kali aku pesan JANGAN CARI AKU! Lantak p mampus kat dia laa kalau nak taching lepasni, aku kuatkan ati sket and buat2 mcm xde perasaan mase bace ayat pelemah die tu tadi tapi sekurang2nya aku ingat yg aku dah fight, so lepas ni confirm dia xkan ganggu lagi dah. Huhu

Ayat nak panjang je kan. Kalau bosan stop laa baca entry aku ni, boleh sambung besok. Hahaha. just kidding. Sambung2. Since aku start perangai outspoken bukan2 ni, makin lega rasanya hati ini. Haha. Ye lah, kalau dulu asik makan hati je, last2 memakan diri sendiri jugak. Berbanding express je terus, 1 memang release laa apa yg dah memang terbuku dalam hati aku ni, 2nd boleh membantu org lain membetulkan cara mereka(at the same time aku sekali) melalui critism, 3rd xde org berani nak mess dengan aku sebab aku dah berani sound apa yg aku xsuka so memang mereka x buat lagi dah. Hahaha. tapi so far bukan melalui verbal lagi laa, aku nak sound org dalam ayat text berani lah pulak. Hahaha. i’m still a loser. Tapi papehal pun, at least beranikan lah diri itu tu. Remember, FIGHT FOR YOUR right. Hehe.

p/s: Thanks kat kawan aku Syahir, dia yg bagi aku ayat ni. Kelas kau jah!

No comments:

Post a Comment