Thursday, September 8, 2011

alkisahnya penyakit itu

ok lah aku nak story.
haritu tanggal 5 haribulan 9 tahun 2011, aku telah melantak sambal taun homemade punya. tu babysitter aku mase kecik2 aku dulu buatkan utk aku. special laa..dia tahu tu feveret aku. bhahaha. punye laa hantu pedas aku ni kan, org lain pun xlalu nak makan setengah sudu, tapi aku pun xterkira brape sudu aku dah cedok and ratah. ngeee. gile hape ratah sambal warna hijau tu.
babysitter yg aku selalu panggil mak wok tu pun dah pesan banyak kali dekat aku, meen jgn makan banyak sgt nanti sakit perut, hish riso mak tgk. tapi aku konfiden je jawab xpe mak jgn risau memen kan hantu pedas, xde pape lah. hehehe. bajet r leh tahan makan pedas. ye laaa selama ni pun aku memang steady makan sambal even pagi2 sebelum start kelas, semua org memang tercengang punya lahh kalau tgk pinggan nasik lemak aku tu sambal kompem penuh mcm kuah gulai xpun kicap penuhnya atas pinggan aku tu. bhahahaha
ok pastukan, tanggal 6 haribulan 9 tahun 2011 esoknye pulak, aku sambung ratah lagi sambal tu. eee degil betul aku ni kan! tak serik2 lagi ni. lepastu, aku dah start rasa memulas2 laa. mula2 aku pikir alaaa sikit je tu. biase laa dah lama xmakan sambal. bla2. malam tu pulak, aku dah start rasa loya2 tekak. and muntah. skali muntah xmacam banyak pulak kan yg keluar. rase mcm perempuan pregnant pun ada. hahaha. mepek aku neh! tapi boleh tahan laa banyak kali gak laa aku muntah, sampai satu level tu aku rasa mcm nak pitam. and mak aku dah recognize keadaan aku ni dah teruk semacam, dia laa yg papah aku bawak g hospital teluk intan. nasib baik dekat je ngan rumah aku.
sampai wad kecemasan tu, terus duduk atas wilca aku. hahaa. first time doe naik wilca! rasa mcm tak berupaya sgt dah masa tu. bhahahaha. nak gelak pun ada. the best part, aku yg baru masuk time tu, nama aku yg kena panggil dulu. wah2 rasa mcm beruntung sgt laa jadi anak goverment servant(mak aku cikgu), dpt service free, masuk2 terus kena panggil pulak tu. pastu check blood pressure, memang rendah sgt2 dah masa tu. terus tolak wilca aku g wad separa kritikal. sampai2 wad separa kritikal tu pulak, bleh plak kan dokter tu tanye aku dah kawin ke, pregnant ke. wah2 mentang aku tengah pegang perut kan masa tu, pakai plak tudung ekin memang muka aku saling tak tumpah mcm muka pompuan dah kawin! siot je. huhu. pastu kena masuk air pulak, haa part tu yg paling azab laa aku rasa. ye laa mula2 dokter tu dah hunus jarum besar punya, aku boleh pulak kan merayu dokter pls guna jarum kecik sket boleh x? dokter tu pulak senyum je, hahaha muka aku dah cuak gila dah masa tu. time kena cucuk tu laa saat paling tak best dah bagi aku, sebab aku memang manusia yg takut jarum. huhu. perangai dah brutal, jarum takut. hekelleh.
ok lepas kena cucuk, and kena wiring pulak dengan salur tu utk sambungkan air utk dimasukkan dlm badan aku, aku pun baring laa dengan harapan dpt lena supaya bangun2 je dokter tu ckp aku dah bleh balik. tapi keadaan kat hospital tu, dengan bau hospital tu jugak, susah laa aku nak lena. rasa sejam tu mcm setahun je aku kena spend kat tempat tu. andddd, pada masa aku terbaring mcm org sakit(dah baring kat hospital memang org sakit laa namenye), aku dah terbayang bukan2. kot2 la kalo aku betul2 mengandung anak jin ke, hisssshhh astaghfirullah, takpun nanti lepas aku sakit ni hilang dah nikmat aku nak terus jadi manusia normal mcm sebelum ni, xpun aku ditakdirkan tak waras mcm dulu, masa tu aku rasa mcm nak nangis je sebab nikmat sihat aku ni ditarik even sekejab. waaaa. taching. belum lagi bila dokter tu datang balik nak masukkan ubat dlm salur air akuu tu, masa tu mcm2 rasa laa datang kat lengan aku. aku pulak hanya mampu buat muka ketat je sebab tahan sakit, rasa mcm lenguh pun ada, kebas pun ye. tapi ape yg sure, memang sakit gila lah!!! ni yg buat aku makin tension duduk kat hospital ni. eeesh!
lepas sejam kena tahan kat wad separa kritikal tu, baru aku disuruh duduk atas wilca utk ditolak ke wad kurang kritikal pulak. masa tu aku dah mcm phewwww lega gila, ingatkan lama lagi aku nak kena duduk kat wad tadi. kat sini rasa aman sket, at least boleh tidur gak laaa. tapi still azab laa, sebab dokter tu replace botol air baru, so aku nak kena tahan berapa jam lagi ler nak bagi air dlm botol baru tu habis masuk dlm badan aku baru aku boleh balik. so aku tutup mata lagi ler mcm tadi dengan harapan dpt lupakan sakit tu. and mcm td laa, dokter tu dtg lagi nak masukkan ubat dlm salur air aku tu. pfftt. sakit.
then lepas 3 jam ditahan dlm wad2 tadi, barulah aku dibenarkan keluar sambil dibekalkan dengan ubat2 sket. ok dokter sahkan aku kena cirit birit sebab sambal homemade tu dipercayai telah contaminated. wahahahahahahahahahha. masa tu aku rasa freedom gila laahhh dpt keluar dari azab tadi! alhamdulillah, rasa mcm nak sujud syukur pun ada tapi karang org pikir ape mereng budak pompuan ni, mcm tak boleh sujud syukur kat rumah. ish2. xpe lah janji lepas dah azab aku.
even aku hanya 3 jam je kena tahan kat wad, tapi sumpahhhhhhhhhhhhh aku memang dah tak tahan. cuba nak bandingkan dengan org lain yg kena tahan lagi lama kat hospital, ada yg berbulan2 tu, gila lah. tapi aku bersyukur laaa lepas tu aku demam sket2, harini aku dah sihat walafiat dah. sumpah aku dah fobia sikit nak makan. bukan apa, takut termuntah2 lagi mcm haritu. sakit wehh, the best part, berat aku turun. cecah 57 kg tu, hehehehe. ingat senang nak turun kilo free2 mcm tu? :p
so begitulah alkisahnya. moral of the story: jgn degil buat tak dengar ckp org tua. lagi satu, jaga makan. dah nak bukak sem baru dah pun. huhuhu

2 comments:

  1. "sebab dokter tu replace botol air baru, so aku nak kena tahan berapa jam lagi ler nak bagi air dlm botol baru tu habis masuk dlm badan aku baru aku boleh balik. so aku tutup mata lagi ler mcm tadi dengan harapan dpt lupakan sakit tu. and mcm td laa, dokter tu dtg lagi nak masukkan ubat dlm salur air aku tu. pfftt. sakit."<---nice explanation...haha,anyways hope kau sembuh/xsenak bila mkn smbl byk2

    ReplyDelete
  2. dulu aku sgt suka baca harry potter, so setiap penceritaan aku, tak kira laa dalam bahasa melayu ke english ke mesti akan penuh dengan ekspressi perasaan berbanding situasi. so kalau rasa2 tak faham tu buat2 faham lah ye

    ReplyDelete