Monday, October 1, 2012

perancangan kita

sangat kelakar bila kita yang jumpa dengan satu peluang itu, dan berkongsi dengan teman rapat untuk merebut peluang itu bersama, dan akhirnya teman rapat itu yang dapat, walhal kita terlepas.

kelakar, bukan?

mungkin itu bukan rezeki kita. itu rezeki teman itu.
syukurlah untuk pihaknya.
walaupun dalam hati, cemburu itu tetap ada.
tapi, berpegang pada konsep rezeki.
mungkin rezeki kita bukan di situ.

kita hanya mampu merancang.
Dia yang menentukan, membenarkan.

Wednesday, August 1, 2012

the bitter truth

this is my PPA profile:
I'm just a conservative young girl who applies the old-style of working and boosting up performance in the place where I work.

ok well, I haven't hooked to any jobs yet.
it's just that I live with those traits all this while.
the other traits that live inside me:

1) I wake up the earliest in the house
2) I sleep late, the last who'll switch off the lights 
3) I don't sleep after subuh prayer (it is said that those who sleeps after subuh prayer, the "barakah" will go a meters away from them, something like that)
4) I move to workplace earlier than anybody else to avoid traffic jams

and so on

all right. it's not the point of why my writings are here.
here it is.
some people get to sleep early, wake up late, 
they don't really have to put much efforts in their work to boost up their performance
they don't even show up constantly in workplace, or having some "holes" in attendance sheet
but somehow they irritate me. so MUCH
SO UNLIKE ME
*I'm not saying that I'm good either, it's just my traits*

in sense that, when they put LESS but they get MORE
whilst I'm here, put MORE and get LESS
oh my God, is this the norm of life
and why the norm has to be so unfair
and sometimes do makes me wonder of why I've been so hardworking and yet I always get less
and sometimes, I almost question to God, "why do You have to be so unfair to most human beings"
and sometimes, the norm trembles my faith somehow

oh Allah
please give me strength, amin


Tuesday, June 12, 2012

berdiam

betul2 harini banyak benda menguji kesabaran aku
tapi aku still boleh act cool, layan sembang
the best part, sakit kepala aku hilang
kalau selama ni marah2 and tambah migrain aku

so kesimpulannya
berdiamlah kamu apabila marah
amazingly true

Wednesday, April 18, 2012

pengalaman

pengalaman mengajar.
ya.
kita semua belajar. bukan setakat hadir kelas, lecture semata2 untuk belajar.
banyak hakikat dunia yang harus ditelan.
pahit, manis, kelat,
nak dan taknak, memang kita bergelemang dengan hakikat yang tak pernah sama dengan kehendak.

pengalaman mengajar,
mostly, ke arah kebaikan.
memang itu motifnya. bila Allah letak ketetapan untuk melakukan kesilapan,
kadang kala memang bukan disengajakan.
kadang kala, bila terjumpa dengan orang yang salah
atau, terlintas di fikiran untuk bertindak sebodoh bodoh tindakan,
maka hadirlah segala macam rasa; kesal, kecewa, terasa bodoh.
ya. memang bodoh pun.
sebab tu manusia tak pernah terlepas dari kesilapan.

pengalaman mengajar.
menghukum.
benda tak betul, dihukum berbagai rupa. cerca, maki, kesat kata2.
mengajar tentang erti karma, yeke?
bila orang terlupa bahawa manusia tak terlepas dari kesilapan
biarlah Tuhan menghukum. siapa kita untuk memperkatakannya?
jangan lupa juga, harini kita kata orang, esok lusa, kena balik batang hidung sendiri.
apa rasa?

biarlah. semuanya berlaku bersebab.
yang penting, taubat. bila dah sedar kesilapan lalu.
jangan ulang.
ambil pengajaran.




Wednesday, April 11, 2012

terkadang dan tak semua

terkadang dunia ini nampak tak adil..
terkadang terasa usaha berat kita tak terjelas..
usaha orang yang tak berusaha tu, lagi timbul
bayar je, asal siap
terkadang, lebih lantang suara itu, lebih mudah untuk didengar, mudah dapat pengaruh

tak semua yang kuat itu, kuat
tak semua yang lantang itu, menang
tak semua yang berbayar senang itu, BERKAT

Sunday, April 1, 2012

si cantik part 2

ulang ayat.
lumrah perempuan, sukakan yang cantik.
cantik itu, luas.
bukan cantik wajah semata2.
boleh jadi cantik perangai, cantik tubuh badan, cantik pemandangan,
bla bla bla

memang beruntung jadi cantik, jadi perhatian ramai
jadi pujaan, jadi idola
tak kurang juga jadi mangsa siulan lelaki
eh eh
but I believe, tak ada orang yang nak jadi perhatian sebab dirinya dilihat sebagai salah satu simbol yang tidak elok
ya Allah
minta dijauhkan
sebab itu ada ayat Qur'an menyebut:

Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu. - al - Ahzab; 59

tapi itulah,
luluh juga hati saya kadang2 kala
mungkin saya masih tak menunaikan suruhan Allah dengan sempurna
bukan hanya setakat melabuhkan tudung semata2
tapi masih ada yang bercakap as if, saya ni melambangkan sesuatu yang, mungkin boleh membawa fitnah
ya Allah, apalah salah saya
saya tak minta pun dilahirkan begini
just sebab saya cantik, saya dilabel barang panas hot stuff?
ingat saya ni barang lelong?
so tolong
jangan maruah saya dijatuhkan, dan saya sedar silap lalu saya
saya bukan sempurna, saya hanya manusia yang tak terlepas dari silap
maafkan keterlanjuran perbuatan saya, jika sampai mengundang fitnah
saya taknak jadi penyumbang terbesar saham fitnah begitu

so itulah
bukan senang jadi perempuan cantik.
bagi sesetengah orang, ianya adalah kurniaan terindah
jangan lupa
ia boleh jadi istidraj juga.
maknanya, Allah nak menguji sama ada hamba-Nya lalai dengan kecantikan dunia yang diberikan
atau berusaha menjaganya, atas nama agama dan suruhan-Nya.
atau yang worse, jadi sumber fitnah.
jadi bahan orang lain.
nauzubilahiminzalik

terus terang: jika diberi pilihan, lebih baik saya jadi perempuan tak cantik.
yang tak dipandang lelaki.
lebih baik begitu.
tapi apakan daya

 saya ulang;

saya taknak jadi punca fitnah, jadi punca dosa kepada orang lain
dan kita pun mungkin tak sedar masa bila dosa kita tercatat
biarlah kita nampak outdated; biarlah orang cakap "budak ni dah alim", biar
kita hidup untuk membawa amal dan pahala ke dunia sana
kalau nak bahagia, sekejap je. kalau Allah nak turunkan ribut, puting beliung kat situ jugak, tak kemana dengan kegembiraan dunia yang sekejap itu.

just sebagai peringatan diri, dan semua.
terima kasih.






Friday, March 23, 2012

bajet bagus

siapa tak suka kena puji
tipu laa kalau ade perempuan yang tak suka kena puji dah nampak kurus sikit
tipu sangat kalau ade lelaki tak suka kena puji dapat awek or bini cun
tipu laaaa
taktahu nak terima pujian macam mana
sama ada nak cakap terima kasih
atau
ehh takdelahh, biase je
atau
haha well..aku kan *blablabla* the best of all
urgh
jawapan last tu aku paling menyampah
bukan apa, biasanya pujian ni membawa kepada kelalaian
by all means, kita akan rasa macam kita la yang the best, terbaik, as in kita dah achieve everything
tapi jangan lupa, kita nampak bagus in this way, hanya di mata manusia je
pada pandangan Allah? wallahualam

kadang2 bila dapat rezeki lebih, nak jugak cerita
mungkin nak berkongsi kegembiraan, atau saje nak share
atau memang intention nak menunjuk
wallahualam, hati masing2 dan Allah je tahu
kadang2 mungkin ada yang tumpang impress
jangan lupa ada yang boleh bertukar jadi musuh tak pasal2,
yelah jeles kan, orang ni ade, aku takde.
this kind of attitude.
jangan, silap2 terkena dengan yang jenis busuk hati gile2,
tak pasal2 je kena sihir kau. jangan main2 orang zaman sekarang. dah macam ape dah.

dan susah jugak nak tetapkan hati kan
walaupun dalam hati dah set taknak riak semua,
tapi sikit perasaan bangga dan terkembang hidung tu ada laa sikit2 kan, walaupun percentage tak tinggi sangat?
haha well

kena terima hakikat jugak, kita ni manusia
tak ada manusia biasa yang maksum, tak tak buat salah, yang perfect
mama aku pernah pesan, kalau dah start nak ada penyakit hati ni,
bawak2 mengucap.
yes aku sendiri pun pernah jahat hati, honestly
pernah kutuk orang dalam hati, pernah riak bangga diri sendiri2, mentang2 dah kurus kan
tapi itulah,
...
manusia.




Wednesday, March 7, 2012

pusing

aku ni sebenarnya, dah penat.
penat mencuba.
berapa kali ulang, cari, belajar,
situ jugak tahap aku.
mana aku nak pusing lagi.

bukan aku tak sembahyang 5 waktu pun
bukan aku tak doa
cari Yang Maha Esa
aku yakin Dia yang boleh tolong aku
satu - satunya.

ada sedikit, tak banyak pun, datang jugak idea.

cuma, sampai situ je limit aku.
mana aku nak pergi lepas ni.

aku taknak gagal.
tapi, kalau itu aku?
macam mana? nak lawan?

buang karan.

mana aku nak pergi

Sunday, March 4, 2012

#takadatajuk part 2

udah aku bilang siang2,
aku di tempat yang benar
kau yang egois terhadap aku
salah kau, aku pulak yang mintak maaf
tapi kau termakan hasutan syaitan
sanggup gadaikan sebuah persahabatan berusia hampir-5-tahun
just sebab sentap dengan satu post yang aku tulis, bukan ditujukan kepada sesiapa
haih lah
kawan.
kenapa kau bodoh sangat
emosi nak mampus
nak kata perempuan karang kau marah aku pulak
aku yang perempuan sendiri pun jarang nak sentap
tapi orang memang suka sentap dengan aku pun
ok fine fine fine
siapa makan cili dia terasa pedasnya
so
panas bontot mungkin?
bodoh.

buat keputusan guna kepala lutut
ni lah jadinya.

bukan aku ni tak pemaaf
tapi hati mana yang tak terguris
ingat senang nak padamkan parut yang entah bila lagi nak padam
kalau tak kau sendiri elak awal2,
mungkin parut ni takkan ada.

kawan,
aku maafkan kau.
tapi, kita takkan sama macam dulu

dah la.
aku dah serik.

titik.



Saturday, March 3, 2012

untuk yang saya sayang


untuk yang saya sayang
sepenuh hati saya
tak kiralah.
paling utama, pertamanya,
mama. baby. yasier.
keduanya,
untuk teman terbaik saya.
yang selalu teman saya, bagi idea psm, dengar saya mengarut semua.
takpayah saya sebut.
tapi saya tau awak tau. :)
untuk kawan2, semua kawan2 saya.
tak perlu saya sebut siapa, yang mana satu.
sebab saya tau, kalian tau. hehe :)

untuk kalian,
sorry nak beli tak mampu. hanya mampu hold, suruh orang ambilkan gambar.
balik2, edit, taruk features polaroid semua.
#sayatakdeiphone
boleh la buat sikit special dedication, betapa saya berterima kasih pada kalian semua.
tanpa kalian, macam mana la saya nak teruskan hidup yang entah-hape-hape ni sendirian.
hee

Friday, March 2, 2012

#takadatajuk part 1

tengok sekeliling, rasa nak gelak terkekeh2 jugak.

yelah.

seronok pulak aku tengok perangai manusia yang berbagai2.

aku pulak, duduk kat satu sudut, diam, observe

diam aku, bukan aku tak berfikir

at times, manusia2 tak-rasa-apa-apa ni pun tak tau diorang dah kena gelak free2 je dengan aku

dalam hati

hahahaha.


Thursday, February 23, 2012

si cantik

lah. perempuan.
semua nak jadi cantik, kan?
lumrah, bhai.
mana ada perempuan yang taknak jadi cantik.
kan kan kan

alaa, perempuan cantik kan.
semua orang suka.
yang jenis sukakan perhatian tu, makin sukalah dia.
tu, kena jugak.
masalahnya, jenis yang tak berapa minat attention, lebih suka keep low profile tu pulak, terbabit sama.
kesian aku tengok.
mesti rimas kan?
yelah, kita jalan menonong ke depan dengan niat nak ke kelas, tak pasal2 kena ushar.
allahai.
orang cantik. suka tengok.

tolak tepi cerita perempuan cantik, yang tak reti nak cantikkan akhlak.
jenis mulut asyik nak melancau tu, toksah cakap.
yang jenis, ugh, taknak cakap.

kita cakap pasal yang jenis introvert ni.
yelah, even dia cantik pun, tapi buat biasa je.
ok lah, tak kacau privacy orang lain.
tapi orang lain kacau privacy dia.
kesian.
dah tu, ujian dia kot.
nak test, sama ada dia jadi riak dengan anugerah yang tak pernah diminta itu,
atau,
makin teguh keimanan, membantu menjaga pandangan, bla3
wallahualam.

selalu kena puji, untung lah, ape lah.
takpelah, dah orang puji, terima baik2 jelah.
yang cemburu pun tak kurang jugak.
nak buat apa cemburu dengan rezeki Tuhan?
tak patut tak patut
selalu jadi bahan, hot stuff la ape la
ingat dia ni pizza hut ke ape
selalu jugak orang nak test
ingat macam barang tester kat section mekap2 dekat kedai watsons tu ke ape?
adoyy~
janganlah rendahkan martabat orang tu, tak baik kau.
hari ni kau buat orang, esok lusa Tuhan balas triple lagi worst dari apa kau buat dekat orang tu.
nak?

haihlah.
apa pun tak boleh lah.

Wednesday, February 22, 2012

kosong

dah 3 hari jalan
tapi
isi hati ini macam tak ada
kosong.
mana kau hati
hah, mana?
susah la. macam mana aku nak buat kerja kalau hati tak ada.

terasa sunyi. bosan pun ya.
tapi entahlah. aku tak rasa enthusiastic macam hari2 sebelumnya.
mungkin terlalu banyak sceptic?
tak tau.
itulah.
hatiku kosong
mana lagi nak dicari hati ini

Tuesday, February 21, 2012

sabar.

so selama ni, apa yang aku sabarkan, tunggu, lamaaa dah.
still tak berubah2.
ok fine.
kau jaga diri kau sendiri. itu yang lebih baik.
aku tak ada kuasa nak ubah seseorang, melainkan dia sendiri yang nak berubah
which
sangat bertepatan dengan prinsip kepala otak aku ni.

ya aku tak sempurna macam orang lain
ya aku tak ada apa yang orang lain ada
tapi
sekurang2nya aku belajar kurang2kan bercakap
senyum; atas beberapa perkara:
satu, ikhlas.
dua, untuk mengelakkan riak
tiga, awet muda.

tu lah dia.
sod ba ro.
sabar, orang cakap.
well bagi aku, tak rugi pun sabar ni. untung lagi ada.
alhamdulillah.
Allah nak bagi pahala lebih kot. mudah-mudahan. aminn!

terima kasih, kepada orang2 yang dah banyak ajarkan aku nilai sebenar kesabaran ni.
sekurang2nya, aku tahu nak deal dengan macam2 orang lagi in future.
baru je aku jumpa beberapa species, aku dah boleh senyum, agak.
psycho sikit minda diorang dengan senyum aku yang satu tu; terus, tutup mulut.
harapnya lah.



Thursday, February 16, 2012

sangka buruk

memang la sangka buruk tu tak baik
tapi at times kena sceptic jugak
i mean, jangan percaya 100% dekat sesiapapun, even orang tu paling rapat dengan kita
sebab manalah tahu kan, someday kita kena pedajal balik, kena kenceng ke, kena backstab ke, we never know
and so, itulah.

satu hal jugak. member ramai ni.
semua nak melekap. nak tag along.
memang la best ramai kawan ni, tapi possibility untuk diperdajal pun ramai jugak.
aku tak cakap pun aku tak suka ramai kawan ni. cuma, ramai2 kawan sangat, tapi kawan sama susah tu, susah gak nak dapat kan?
kes offer help, tapi nak ambil untung atas angin pun, ada jugak.
kes pijak kepala pun, boleh tahan jugak. yelah aku tau aku ni jenis tak suka marah orang, aku klau marah dalam hati je. tu yang senang kena pijak tu.
tapiii, kalau yang baik betul2, memang bukan calang2 punya baik. sebab diorang tahu kekurangan aku ni, and diorang taknak aku jadi lebih teruk, sanggup bersama aku thru thick and thin, bla3
hahaha.
macam2 laa kawan2 aku ni.
yang baik2 tu, biarlah aku sorang je yang tahu.
terima kasih banyak2, korang. :)
pada yang fake-friends ni, yang ada niat or memang suka perdajal aku selama ni, fuck off.

Wednesday, February 1, 2012

siapa aku sebenarnya

well. siapa aku ni?
surely jawab yasmeen rosli.
hah. tu just nama je.
i mean, aku macam dah lost identiti aku yang sebelum2 ni.
hm. ok la, i admit, aku dah tak layan music rock, aku dah kurang selera makan, kalau makan lebih sikit mesti muntah punya!, aku dah tak bernafsu dengan barang2 branded, aku tak minat langsung nak layan gosip2 ni semua, and aku less talkative, aku banyak diam.
ok bukan nak kata aku ni ni bagus sangat la. cuma, aku recognize perubahan pelik aku ni, since habis final haritu.

tak tahu la aku ni ape. siapa aku ni. awkward rasanya.

aku tau la, dulu aku layan je semua punk rock songs. kalau naik kereta dengan aku, sure aku tune fly fm dulu. tapi sekarang, aku tune lite fm. aku suka beatles(semua orang pun suka), aku dah start layan stan getz, aretha franklin, patsy cline, bla3. semua artis 60-an oke. huhu

dulu aku la manusia yg paling kuat makan, habis semua makanan aku sebal. now, aku makan lebih sikit, sure muntah punya. haih.

dulu aku banyak follow fashion, artis, and aku obses dengan hayley williams. now? ntah. gone by the wind.

dulu aku seorang yg suka argue. sikit2 tak puas hati. sikit2 nak naik angin. sekarang ni, aku cam relax, orang nak lawan2 dengan aku ke, nak besar2 diri depan aku ke, aku dah tak ambik port. pendek kata, aku dah jadi seorang yg membosankan.

so now aku dah tak faham dengan diri aku.
hm. maybe sebab dah umur 23, so-called dah dewasa ke? bluerkkk.
siapa aku ni sebenarnya? mana yasmeenrosli yg bajek rock ni sekarang?
=.=

Friday, January 27, 2012

syukur

satu, sebab telah diberi peluang untuk bernafas lagi, sampa hari ini.
dua, sebab doa-doaku sejak sekian lama, telah diperkenankan. berkat, sabar menunggu dan doa ibu juga, mungkin? :)
tiga, sebab dikurangkan nafsu terhadap keduniaan? herm tak jugak, aku masih berkeinginan pelik2, cuma, takdelah sampai craving untuk perkara2 yang tak penting, dan paling sure, on perkara2 yang dah confirm tak bawak mati punya! LoL
empat, sebab dikurniakan kawan2 yang baik2, tak cenderung untuk membawa aku ke arah kejahatan. terima kasih! :)
lima, sebab banyak kali ditemukan dengan orang yang salah. lama2, aku boleh kenal siapa yang benar2 sahabat aku dan siapa bukan. :)
enam, sebab diberi ujian susah dari awal? hmm, dulu2 selalu kena kutuk gemok, selera tinggi melangit, diet sampai setengah mati. sekarang, orang2 yang kutuk aku tu yang jadi gemok pulak. karma work it's way :)
tujuh, sebab masih diberi peluang, diberikan petunjuk dan hidayah. kalau tak, sampai sekarang mungkin aku masih lemas dengan hal duniawi dan masih tidak bertudung.
lapan, sebab diberikan kekuatan hati ini. berkat atas ujian-ujianMu terdahulu mungkin? terima kasih Allah! :)
sembilan, dimudahkan rezekiku dan keluargaku. alhamdulillah, so far, segalanya berjalan lancar. :)

hihi. masa bermuhasabah diri.
ye aku tahu, aku pun tak sempurna mana.
ada lagi target yang aku tak berjaya capai sekarang.
and, sometimes aku memang sedih.
mungkin bukan rezeki aku, ada yang lebih baik lepasni kan? wallahualam.
so masa ni lah, belajar bersyukur. :)

Saturday, January 14, 2012

friday the 13th

so last friday(harini dah saturday), adalah hari paper killer aku.
DSP. stands for Digital Signal Processing.
and feel jawab paper ni ade laa macam buat addmath time sekolah dulu, tapi more than triple times susah dari addmath.
well boleh imagine laa kan.
and so since last week lagi aku dah banyak mess dengan paper ni, entah kenapa dengan aku ni
*pening*

so harini before mengadap paper ni lagi aku dah hadap macam2 dugaan
which that, aku ambil sebagai ujian
ada laa sebab Allah bagi ujian macam tu kat aku kan :)
firstly, aku tersalah makan biskut berkulat.
okay aku ada 1 more paper to go, and I'm supposed to jaga kesihatan diri
hopefully tak kronik sampai kena masuk hospital lagi macam dulu
lepastu, aku dah elok2 drive sampai ke dewan besar, aku baru perasan pencil case aku tertinggal.
and kat dalam tu laa aku simpan segala macam properties yg aku biasa bawak masa exam. e.g slip peperiksaan, kalkulator and stationery.
so aku selama ni drive dengan gear tinggi, but this time aku pakai gear rendah je manjang sebab nak kena patah balik ke rumah member aku tu g ambik pencil case tu, pastu kena drive balik ke UTeM.
pehhh aku tak pernah2 drive laju macam ni. hihi
tapi so far nasib baik paper tak sesusah yg aku expect, maybe sebab aku dah terlalu banyak prepare sampai lebam.
alhamdulillah selesai sudah kerja on friday the 13th


Sunday, January 8, 2012

dah terang lagi bersuluh

..ego punya manusia.
aku menyampah betul.
and aku tak tahu laa maybe lelaki je yang ego tinggi melangit, atau memang ada certain orang yang suka keep high ego macam ni
and honestly, bagi aku orang macam ni memang immature.
dah dari haritu lagi dia buat keputusan yang buat life dia change forever,
but still, taknak mengaku salah!
ok fine, aku tak salahkan kau pun taknak mengaku salah
just that baru aku betul2 kenal the real you.
hohoho

deep inside, aku sayangkan friendship aku
or maybe aku memang seorang yang tak sukakan masalah or whatsoever
tapi at least, aku kalau marah sangat kat orang pun, aku marah kejap je, and aku diam kejap gak
but this one, OH MY GOD!
one second, I feel aggrieved, terkilan sangat. kenapa mesti ada manusia macam ni.
and now I relieved, why the destiny is set. I mean, how come I ended up macam ni.
and I feel relieved jugak, because I know Allah has already given the better person after Dia tarik nikmat friendship dengan THAT dumbass yang tak appreciative tu.
not only that, bukan sorang, bukan dua, but RAMAI better persons I met right after aku hilang seorang bestfriend(erm, so-called bestfriend).

and so now, and, from now on,
aku takkan sesekali toleh belakang, even sesaat pun
because
YOU DON'T DESERVE A BESTFRIEND PUN!
*no wonder*
well, you should've learnt your lessons, not me
anyway kau yang sentap awal2 sape suruh?
huhuhu
p/s:
lepasni kalau ditakdirkan terbertemu time reunion ke ape, ok I'll be acting normal
but yang tahu, and yang betul2 rasa the awkwardness, hanya kita je
and well, pandai2 laa kau bawak diri.
aku okay je so far.
and jangan ingat aku tak tahu, masa haritu kau nampak aku, aku tak toleh sikit pun kat kau, buat I KNOW KAU TOLEH DARI KAU NAMPAK AKU SAMPAIIIIIIIIIIIIIIIIII KAU DAH BETUL2 JAUH BARU RETI NAK PANDANG DEPAN BALIK
huhu
God knows better.

betul2 luahan ni.
tension aku. ok RF mode on.



Friday, January 6, 2012

it's karma

banyak kali dah aku sebut2 pasal karma
karma ni konsep die mcm gini lah:
kau buat jahat kat orang, orang balas jahat balik dekat kau
tapi tak semstinye karma is about perbuatan jahat semata2.
boleh jadi jugak:
kau baekkk dekat orang, orang baik balik dekat kau.
even, satu benda yang kita bagi dekat orang, sejuta dia balas.
well, depends laa. apa yang kita bagi tu, more on kebaikan or kejahatan.

so isunye, aku dah lama diberi peluang untuk merasa hidup ni
and tak tahu bila masa aku akan tamat
andddd
lagi banyak perkara yang aku dah nampak, and really, dah terjadi depan mata aku
and membuatkan aku lebih menghargai masa yang aku ada untuk sambung hidup
so far alhamdulillah

so the issue goes..

aku taktahu laa kenapa aku macamni kan,
mentang2 laa aku ni jenis diam, tak ambik port pasal orang lain, aku bawak kepala sendiri je kan,
so nampak macam aku ni seorang yang tak suka defend diri sendiri on satu2 isu
lepastu senang2 laa aku kena bantai macam tu je, tu pun aku still diam je.
on my part, sebenarnya aku memang tak suka argument, aku tak suka pening2 kepala, aku tak suka berkira macam2 dengan orang
lagi nak bising2 dengan aku, nak question macam2, nak demand itu ini, kenapa aku ada kenapa diorang takde, tak dapat,
eh kalau nak sangat, ambik lah! sampai macam tu skali aku punya act.
sebab bagi aku, buat apa nak kejarkan sangat, nak berkira sangat pun, takde medal yang menunggu pun anyway.
so buat apa kalut2? pasal tu aku relax je. hihihi

aku takde laa nak condemn semua orang pun, well
nak marah2 pun, kawan jugak, satu masa nanti bila aku dalam kesusahan, kawan2 jugak yang tolong
maybe tu salah satu sebab jugak kenapa aku tak suka gaduh dengan orang
and this part of me ada semacam sama jugak dengan mama aku
memang mama aku pun yang ajarkan benda2 macam ni kat aku
tapi kan, betullah apa mama cakap, biar orang buat kita, jangan kita buat orang, someday mereka akan terhukum sendiri
hmm somewhat betul jugak
in many cases laa, banyak aku dah terkena sebenarnya, nampak dengan tak nampak jer
jadi tak nampak pun sebab aku tak cakap. tu je.
kalau aku nak sebut, lebih sejuta oke! tapi as i've said before, aku tak suka besarkan isu. hihi

certain people yang terlebih comparative, secara sedar dengan tak sedar
maybe orang lain tak nampak; tapi yang boleh rasa, hanya aku dengan si polan berkenaan tu je la.
biasa laa among us all, mesti kadang2 saje nak compare, tanye kau dapat apa, aku dapat ni tauu, bla3
alaa standard laa tu
tapi bagi aku, takde bende pun. kadang2 saje nak tanye.
kalau dapat markah test tinggi, good for you. alhamdulillah laa. aku tolong doakan.
kalau dapat apa2 pun, yang lebih dari orang lain, sebaiknya doakan laa.
tapi, tu aku.
and tak semua orang macam aku.
hmm. aku takde laa baik mana. cuma aku seboleh2nya elakkan yang tak baik tu.
sometimes aku jumpa gak dengan certain polan di mana, bila dia dapat peluang lebih dari aku, and brag all over it. aku layankan je, senyum.
and bila time aku sampai, and time tu laaa rezeki aku nak mencurah2 pulak, and aku tak perlu berkata apa2 pun. aku boleh nampak dari muka dia.
the worst part about me: aku boleh baca body language orang.
kalau dapat baca body language yang sedap2, takpe lagi. ni expression yang irritate aku balik. buat apa?
ee tak best! and aku tak suka!
huhu
tapi memang macam mama cakap tadi laa, someday mereka akan terhukum sendiri.

well somewhat bunyinya macam karma jugak kan? you get back what you give to others.

ni baru 1. banyak lagi benda yg jadi dekat aku sebenarnya. malas nak story je. yg ni pun dah cukup banyak. nanti2 laa aku cerita dalam entry lain ya? sorry. :)