Sunday, April 1, 2012

si cantik part 2

ulang ayat.
lumrah perempuan, sukakan yang cantik.
cantik itu, luas.
bukan cantik wajah semata2.
boleh jadi cantik perangai, cantik tubuh badan, cantik pemandangan,
bla bla bla

memang beruntung jadi cantik, jadi perhatian ramai
jadi pujaan, jadi idola
tak kurang juga jadi mangsa siulan lelaki
eh eh
but I believe, tak ada orang yang nak jadi perhatian sebab dirinya dilihat sebagai salah satu simbol yang tidak elok
ya Allah
minta dijauhkan
sebab itu ada ayat Qur'an menyebut:

Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu. - al - Ahzab; 59

tapi itulah,
luluh juga hati saya kadang2 kala
mungkin saya masih tak menunaikan suruhan Allah dengan sempurna
bukan hanya setakat melabuhkan tudung semata2
tapi masih ada yang bercakap as if, saya ni melambangkan sesuatu yang, mungkin boleh membawa fitnah
ya Allah, apalah salah saya
saya tak minta pun dilahirkan begini
just sebab saya cantik, saya dilabel barang panas hot stuff?
ingat saya ni barang lelong?
so tolong
jangan maruah saya dijatuhkan, dan saya sedar silap lalu saya
saya bukan sempurna, saya hanya manusia yang tak terlepas dari silap
maafkan keterlanjuran perbuatan saya, jika sampai mengundang fitnah
saya taknak jadi penyumbang terbesar saham fitnah begitu

so itulah
bukan senang jadi perempuan cantik.
bagi sesetengah orang, ianya adalah kurniaan terindah
jangan lupa
ia boleh jadi istidraj juga.
maknanya, Allah nak menguji sama ada hamba-Nya lalai dengan kecantikan dunia yang diberikan
atau berusaha menjaganya, atas nama agama dan suruhan-Nya.
atau yang worse, jadi sumber fitnah.
jadi bahan orang lain.
nauzubilahiminzalik

terus terang: jika diberi pilihan, lebih baik saya jadi perempuan tak cantik.
yang tak dipandang lelaki.
lebih baik begitu.
tapi apakan daya

 saya ulang;

saya taknak jadi punca fitnah, jadi punca dosa kepada orang lain
dan kita pun mungkin tak sedar masa bila dosa kita tercatat
biarlah kita nampak outdated; biarlah orang cakap "budak ni dah alim", biar
kita hidup untuk membawa amal dan pahala ke dunia sana
kalau nak bahagia, sekejap je. kalau Allah nak turunkan ribut, puting beliung kat situ jugak, tak kemana dengan kegembiraan dunia yang sekejap itu.

just sebagai peringatan diri, dan semua.
terima kasih.






No comments:

Post a Comment