Tuesday, June 12, 2012

berdiam

betul2 harini banyak benda menguji kesabaran aku
tapi aku still boleh act cool, layan sembang
the best part, sakit kepala aku hilang
kalau selama ni marah2 and tambah migrain aku

so kesimpulannya
berdiamlah kamu apabila marah
amazingly true

Wednesday, April 18, 2012

pengalaman

pengalaman mengajar.
ya.
kita semua belajar. bukan setakat hadir kelas, lecture semata2 untuk belajar.
banyak hakikat dunia yang harus ditelan.
pahit, manis, kelat,
nak dan taknak, memang kita bergelemang dengan hakikat yang tak pernah sama dengan kehendak.

pengalaman mengajar,
mostly, ke arah kebaikan.
memang itu motifnya. bila Allah letak ketetapan untuk melakukan kesilapan,
kadang kala memang bukan disengajakan.
kadang kala, bila terjumpa dengan orang yang salah
atau, terlintas di fikiran untuk bertindak sebodoh bodoh tindakan,
maka hadirlah segala macam rasa; kesal, kecewa, terasa bodoh.
ya. memang bodoh pun.
sebab tu manusia tak pernah terlepas dari kesilapan.

pengalaman mengajar.
menghukum.
benda tak betul, dihukum berbagai rupa. cerca, maki, kesat kata2.
mengajar tentang erti karma, yeke?
bila orang terlupa bahawa manusia tak terlepas dari kesilapan
biarlah Tuhan menghukum. siapa kita untuk memperkatakannya?
jangan lupa juga, harini kita kata orang, esok lusa, kena balik batang hidung sendiri.
apa rasa?

biarlah. semuanya berlaku bersebab.
yang penting, taubat. bila dah sedar kesilapan lalu.
jangan ulang.
ambil pengajaran.